Create your own banner at mybannermaker.com!



Sunday, April 5, 2009

Babak 1 Di G20 - Islam Sebagai Alternatif


Persidangan negara-negara G20 menimbulkan reaksi banyak pihak. Pelbagai bantahan dan demonstrasi diadakan di negara-negara Eropah termasuk di London sendiri. Ini menunjukkan rakyat di sana mengetahui apa itu G20 dan tujuan persidangan tersebut. Tetapi saya kurang pasti apakah rakyat Malaysia mengetahui apa itu negara G20, matlamat dan kesan persidangan tersebut kepada dunia amnya dan umat Islam khususnya. Saya pasti jika kita memahami situasi yang sebenar nescaya kita akan dapat melihat satu lagi rangka tindakan kapitalis yang sedang bergelut untuk keluar dari krisis ekonomi yang sedang dihadapi.

Pastinya mereka akan mengeluarkan pelbagai resolusi dan pelan untuk memulihkan keadaan ekonomi dunia hari ini yang saya pasti ia akan memberi kesan kepada kita. Dari sisi kapitalisme ia mungkin membawa kesan baik(jika ia berjaya) tetapi yang menjadi mangsanya adalah kita, ummat Islam. Saya katakan sedemikian kerana apabila sistem kufur ini dirasakan boleh membawa kemakmuran maka ramai dari kalangan ummat Islam sendiri tidak dapat melihat kefatalan sistem tersebut dan malah cuba menyesuaikannya dengan Islam.
Undang-undang Kewangan Baru dan USD1.1 trillion telah diluluskan

Chanselor German sebelum persidangan ini telah menyatakan bahawa betapa sistem kewangan dunia perlu dirombak dan melihat kepada sistem kewangan Islam. Itu juga yang dinyatakan oleh ramai pakar ekonomi barat. Mereka telah melihat kezaliman sistem ekonomi sosialisme dan sekarang kerapuhan sistem ekonomi kapitalisme. Mereka dapat melihat sistem ekonomi Islam sebagai suatu alternatif yang lebih stabil dan mampan.


Itu juga yang dinyatakan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir dalam ucapan dalan satu sidang sempena Persidangan G20 semalam. Beliau menyebut bahawa sistem kewangan dan perbankan dunia perlu dirombak. Apabila Dr M menyebut bahawa persetujuan Bretton Woods perlu dikajji semula menunjukkan beliau melihat suatu rombakan besar dalam ekonomi dunia perlu dilakukan. Saya tidak menonton ucapan sehingga tamat, tetapi saya percaya sebagai pemikir Dr M dapat melihat ekonomi Islam sebagai alternatif yang lebih baik.

Politik Ekonomi Islam

Ekonomi adalah suatu urusan yang sangat rumit. Oleh itu, sistem ekonomi Islam hanya boleh dilaksanakan apabila ada entiti politik yang melaksanakannya. Berbeza dengan pemikir barat yang hanya melihat kebaikan sistem ekonomi Islam dari aspek rasional semata, bagi kita yang beraqidah Islam kita meyakini bahawa hukum Islam wajib diterapkan kerana ia adalah perintah Allah swt, bukan untuk mendapat kemanfaatan semata.

Barangsiapa yang memahami asas sistem ekonomi Islam dengan benar, nescaya akan mendapati bahawa satu-satunya entiti politik Islam yang dapat melaksanakan ekonomi Islam adalah Negara Islam, iaitu khilafah. Inilah akar kepada penyelesaian masalah ekonomi ini. Selagi mana khilafah tidak tertegak, maka selagi itulah sistem ekonomi Islam tidak dapat dilaksanakan.SEJUMLAH penunjuk perasaan mengibarkan bendera ketika mereka berhimpun bagi memperingati pemimpin-pemimpin G20 di London.

No comments: