Create your own banner at mybannermaker.com!



Tuesday, April 7, 2009

Sejarah Dinar Emas Di Malaya


..::Dinar Matahari::..

Dinar Matahari atau Sun Coin Kelantan mempunyai sama ada 6 atau 8 bentuk bintang tajam, atau 4 kuntum bunga berkelopak pada bahagian hadapan.




..::Kijang Emas Kelantan::..


Duit syiling ini telah berasal dari India. Ia dikeluarkan pertama kali di Kelantan dan Patani apabila agama dalam negeri-negeri ini beragama Hindu. Motif ini adalah asas bagi lambang Bank Negara.


Dinar emas telah digunakan di Eropah sebelum kewujudan Islam, seterusnya digunakan pada zaman Rasulullah s.a.w dan dimantapkan penggunaannya pada zaman pemerintahan Saidina Umar r.a. Sejak itu, dinar emas dan dirham perak telah menjadi mata wang umat Islam di seluruh dunia.

Penggunaan dinar emas dan dirham perak di gugusan Tanah Melayu termasuklah Kijang Emas, Kupang Kelantan dan Pattani antara abad ke-15 dan 16, Dinar Matahari Kelantan pada abad ke-18 seterusnya Dinar Emas Sultan Abdul Jalil Shah III dan Dinar Emas Kedah pada abad ke-17 dan 18.

Kijang Emas ialah sekeping duit emas daripada Kesultanan Kelantan ketika pemerintahan permaisuri Melayu, Che Siti Wan Kembang. Kepingan sampel dinar emas itu masih tersimpan dalam Muzium di Malaysia sebagai bukti bahawa bumi Malaysia pernah menggunakan dinar emas dan dirham perak.

No comments: