Create your own banner at mybannermaker.com!



Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Sunday, April 5, 2009

Babak 2 Di G20 - USD 1.1 Trilion

1.1 trilion USD dikatakan ada diperuntukkan untuk 'membantu' negara miskin. 'Membantu' apanya kalau ianya dalam bentuk pinjaman. Selepas diperbincangkan dengan 1.1 trilion, dibincangkan pula 400 tan emas milik IMF untuk dijual.

Agak cemas juga, apabila dikatakan 403 tan emas IMF, tentu harga emas akan jatuh akibat daripada lambakan emas di pasaran. Adakah emas akan jatuh terduduk, seperti ditekan teruk ketika 90an?
Namun terdapat artikel di marketwatch.com yang disiarkan di gata.org, bahawa emas itu tidak akan dijual kepada umum.(A reporter actually gets it: IMF gold will never hit market)

Presiden Indonesia, yang di harapkan supaya pro kepada emas, balik awal pula disebabkan Pemilu 09.
Kejayaan Susilo yang terbesar ketika G20 adalah berjaya mengajak Obama ke Indonesia.

Agak hairan juga bagaimana orang Malaysia yang
biasanya ego, sering merendahkan rakyat Indonesia dengan panggilan 'Indon', rupanya Malaysia tidak G20 pun.




Di Sidang G20,
Amerika seperti kembar Britain. Perancis seperti kembar Jerman. China seperti kembar Rusia. Rusia dan China diharapkan supaya lebih garang, menolak USD, namun suara mereka ketinggalan.



Presiden Rusia Dmitry Medvedev, mengotakan janjinya untuk terus
mencadangkan satu matawang global menggantikan USD sambil diikat sedikit kepada emas.

Rusia juga tidak mahu menyumbang ke arah sasaran 1.1 trilion, atas alasan telah menyumbang kepada negara jirannya.

Agak mushkil, IMF mahukan 1.1 trilion daripada negara G20, tetapi dalam bentuk apa?

Agak memelikkan lagi ialah, mereka mengurangkan emas, tetapi mahu meminjamkan kepada negara miskin.
Negara miskin meminjam apa?
Kertas yang disandarkan pada apa?
Pada emas yang berkurangan?


P.S:- Nasib baik takde xtvt baling kasut kulit....... :-p

Babak 1 Di G20 - Islam Sebagai Alternatif


Persidangan negara-negara G20 menimbulkan reaksi banyak pihak. Pelbagai bantahan dan demonstrasi diadakan di negara-negara Eropah termasuk di London sendiri. Ini menunjukkan rakyat di sana mengetahui apa itu G20 dan tujuan persidangan tersebut. Tetapi saya kurang pasti apakah rakyat Malaysia mengetahui apa itu negara G20, matlamat dan kesan persidangan tersebut kepada dunia amnya dan umat Islam khususnya. Saya pasti jika kita memahami situasi yang sebenar nescaya kita akan dapat melihat satu lagi rangka tindakan kapitalis yang sedang bergelut untuk keluar dari krisis ekonomi yang sedang dihadapi.

Pastinya mereka akan mengeluarkan pelbagai resolusi dan pelan untuk memulihkan keadaan ekonomi dunia hari ini yang saya pasti ia akan memberi kesan kepada kita. Dari sisi kapitalisme ia mungkin membawa kesan baik(jika ia berjaya) tetapi yang menjadi mangsanya adalah kita, ummat Islam. Saya katakan sedemikian kerana apabila sistem kufur ini dirasakan boleh membawa kemakmuran maka ramai dari kalangan ummat Islam sendiri tidak dapat melihat kefatalan sistem tersebut dan malah cuba menyesuaikannya dengan Islam.
Undang-undang Kewangan Baru dan USD1.1 trillion telah diluluskan

Chanselor German sebelum persidangan ini telah menyatakan bahawa betapa sistem kewangan dunia perlu dirombak dan melihat kepada sistem kewangan Islam. Itu juga yang dinyatakan oleh ramai pakar ekonomi barat. Mereka telah melihat kezaliman sistem ekonomi sosialisme dan sekarang kerapuhan sistem ekonomi kapitalisme. Mereka dapat melihat sistem ekonomi Islam sebagai suatu alternatif yang lebih stabil dan mampan.


Itu juga yang dinyatakan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir dalam ucapan dalan satu sidang sempena Persidangan G20 semalam. Beliau menyebut bahawa sistem kewangan dan perbankan dunia perlu dirombak. Apabila Dr M menyebut bahawa persetujuan Bretton Woods perlu dikajji semula menunjukkan beliau melihat suatu rombakan besar dalam ekonomi dunia perlu dilakukan. Saya tidak menonton ucapan sehingga tamat, tetapi saya percaya sebagai pemikir Dr M dapat melihat ekonomi Islam sebagai alternatif yang lebih baik.

Politik Ekonomi Islam

Ekonomi adalah suatu urusan yang sangat rumit. Oleh itu, sistem ekonomi Islam hanya boleh dilaksanakan apabila ada entiti politik yang melaksanakannya. Berbeza dengan pemikir barat yang hanya melihat kebaikan sistem ekonomi Islam dari aspek rasional semata, bagi kita yang beraqidah Islam kita meyakini bahawa hukum Islam wajib diterapkan kerana ia adalah perintah Allah swt, bukan untuk mendapat kemanfaatan semata.

Barangsiapa yang memahami asas sistem ekonomi Islam dengan benar, nescaya akan mendapati bahawa satu-satunya entiti politik Islam yang dapat melaksanakan ekonomi Islam adalah Negara Islam, iaitu khilafah. Inilah akar kepada penyelesaian masalah ekonomi ini. Selagi mana khilafah tidak tertegak, maka selagi itulah sistem ekonomi Islam tidak dapat dilaksanakan.SEJUMLAH penunjuk perasaan mengibarkan bendera ketika mereka berhimpun bagi memperingati pemimpin-pemimpin G20 di London.