Thursday, April 30, 2009

Selamat Hari Pekerja



Selamatkan Pekerja Bukan Kroni!!

Tahun 2009 ; Dunia dan negara sekali lagi dilanda Krisis Ekonomi yang dashyat yang akan menyebabkan lebih 50 juta warga pekerja dunia hilang pekerjaan, kemiskinan meningkat dan penindasan berleluasa. Dalam masa yang sama ramai juga rakyat bangkit menuntut kebebasan dari penindasan ini dan menyuruh kerajaan dan kapitalis bertanggungjawab terhadap krisis ini dan menyelamatkan pekerja di setipa pelusuk dunia.


Krisis ekonomi yang kita hadapi sekarang adalah yang paling teruk sejak 1930 . Eksport Negara jatuh hampir 30%. Harga komoditi penting seperti minyak, gas dan kelapa sawit turuin di pasaran dunia.. Ini bermakna pendapatan negara berkurangan. Harga barangan dan perkhidmatan asas pula melambung tinggi tanpa kenaikan gaji! Dijangka lebih 1 juta pekerja akan hilang kerja di Malaysia. Kadar pengangguran pula dijangka berganda 2 kali dari 3.1 di tahun 2008. Ini juga bererti hampir 60% keluarga di Malaysia yang kini berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan akan bertambah miskin!

Apakah jalan penyelesaian daripada pihak kerajaan? Suntikan wang 67 billion untuk mengurangkan impak kegawatan. Malangnya ianya tidak disalurkan terus kepada rakyat. Hanya 2 billion diperuntukkan untuk latihan kemahiran dan peluang pekerjaan, manakala sektor swasta menerima 29 billion! 7 billion pula diberi kepada Valuecap, untuk pastikan saham di Bursa Saham tak jatuh – ertinya 7 billion wang rakyat digunakan untuk membela peniaga-peniaga yang main judi di Bursa Saham. Jelas sekali, kerajaan Malaysia hanya hendak menyelamatkan kroninya dan bukan rakyat.

Krisis ekonomi bukanlah benda yang baru. Ia merupakan kesan daripada sistem kapitalisma yang tidak terancang. Setiap 10 tahun sekali, ia akan melanda dunia dan membawa kesengsaraan kepada rakyat. Cukup sudah dengan penindasan dan kegagalan sistem kapitalisme ini. Rakyat harus menolak kapitalisma yang telah gagal berulang kali. Akibat kegagalan sistem kapitalisme ini ramai pekerja telah terkorban kerana menentangnya, namun perjuangan tidak terhenti kerana penindasan masih berterusan. Mei 1, 2009, adalah ulang tahun kebangkitan kaum pekerja 123 tahun yang lalu.

Jadi, Hari Pekerja, 1 Mei 2009 yang menjadi lambang kebangkitan kaum rakyat pekerja terhadap penindasan adalah hari yang paling bermakna kepada kita dan ia harus disambut dengan semangat solidariti! Inilah masanya kita bersatu dan menyuarakan kepada kerajaan tuntutan-tuntutan kaum pekerja.

1. Wujudkan Tabung Pembuangan Kerja Dengan Segera – Bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja.

2. Pastikan Pakej Stimulus kepada projek yang benar-benar memberikan pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang menganggur.

3. Kementerian Kewangan harus mengadakan perbincangan dengan bank-bank untuk menangguhkan dan mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan warga pekerja berpendapatan rendah .

4. Berikan tanah untuk Pertanian kepada pekerja yang hilang kerja untuk memulakan aktiviti pertanian .

5. Berikan Catuan Makanan – membekalkan makanan asas kepada keluarga-keluarga yang hilang pendapatan.

6. Kekalkan Cukai Korporat di tahap 27%. Pengurangan cukai ini akan menyebabkan pengalihan beban cukai kepada rakyat biasa melalui cukai baru seperti GST

7. Tunaikan Manifesto Pilihanraya terutamanya cuti bersalin, gaji minima, faedah persaraan dan lain-lain janji yang mengurangkan beban kaum pekerja.

8. Gubal Akta Gaji Minima untuk semua pekerja dan mansuhkan polisi gaji murah.

9. Menandatangani Konvensyen ILO berkenaan Pekerja Rumah dan juga instrumen antarabangsa yang berkaitan dengan perlindungan dan kebajikan pekerja.

10. Pengisthiharan Kesatuan Sekerja secara automatik dan pemansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang undang-undang baru bermotif memudahkan pembuangan pekerja oleh majikan.

11. Pastikan tempat kerja bebas daripada diskriminasi terhadap pekerja wanita. Gubal undang-undang Anti Gangguan Seksual.

12. Hak saksama kepada pekerja migran dan perlindungan dari dianiyai oleh pihak majikan, polis, RELA dan imigresen.

13. Polisi ekonomi yang tidak berdasarkan diskriminasi kaum dan jantina tetapi berlandaskan keperluan . Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua.

14. Hentikan rundingan semua Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan EU dan Amerika dan libatkan rakyat dalam proses membuat keputusan.

15. Hentikan pengusiran paksa dan hormati hak perumahan Peneroka bandar. Mansuhkan Ordinan Darurat (Pembersihan setinggan 1969). Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus diimplementasikan.

16. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas seperti air dan hospital.


17. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi para pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

18. Menuntut suatu sistem kerajaan yang benar-benar telus, bersih, kredible dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan

*Dipetik Dari jerit.org

Friday, April 17, 2009

Own Gold Always

For 6,000 years, since the beginning of recorded history, gold has been revered as a storehouse of financial value as well as a beautiful substance with which to fabricate jewelry and works of art. From Egyptian pharaohs to modern-day magnates such as George Soros, Warren Buffet, and Bill Gates, people have acquired gold to maintain and increase their wealth. Even in the most stable times or when the stock and/or real estate markets are on fire, the smart money keeps 5-10% of its assets in gold. Being smart, they do not put all their faith in money managers and stock brokers whose income depends on encouraging investment in paper assets. They know that the political and economic climate often changes rapidly and unexpectedly, as it did, for example, on Sep. 11, 2001, and with the US invasion and occupation of Iraq.
In another article we describe the urgent reasons to invest in gold today and the potentially enormous profits you can reap from investing in gold today. Here, however, we stick with the reasons why wise investors always own gold.


If all the gold mined over the last 6,000 years were gathered and melted down, it would form a cube with sides of no more than 20 yards.

Constant demand

About 80% of the gold bought today is used to make jewelry. Gold jewelry is in high demand not only in the world's richest and most industrialized countries, but also in India, China, and other Asian countries, as well as in Latin America and Africa. The gold jewelry market is so diverse that when demand declines in one area, it is likely to rise in another. Furthermore, demand for gold jewelry tends to decline only during periods of economic downturn. But it is precisely during such periods that investment demand for gold rises rapidly.

Constant rarity

Companies can and do issue additional shares of stock, diluting the shares already held by investors. Governments print money and inject it into the economy, diluting the cash in your pocket and bank accounts. Even many non-paper assets, such as mass produced collectibles, are, well, mass-produced. Their supply is essentially infinite.

Gold, however, is one of the scarcest substances on earth. Tons of ore must be processed to produce an ounce of gold. According to the US Bureau of Mines, all the gold ever mined throughout history and throughout the world would build a cube measuring only 60 feet on edge. Furthermore, as relatively easy-to-mine sources are depleted, new sources of gold are harder and harder to find. And it takes, on average, about seven years to bring a new source of gold into commercial production, which creates a major gap between increasing demand and increasing supply.

Universal liquidity

Many hard assets do not have the liquidity of stocks and bonds. There are times when it can take months or even years to sell real estate, art, or collectibles such as carpets or antiques. Gold, in the form of bars or bullion coins issued by the US Mint and other mints, is traded on an active global market in North and South America, Europe, Africa, and Asia. It is always easy to buy gold and easy to sell it.
Nor are gold sales encumbered by the paperwork and government tax filings that characterize stock and bond trades. Even if stock markets fail, banks close, and governments are in crisis - in fact, especially under those circumstances - there are eager bidders for gold in every city and country in the world.

True diversification

Our parents told us, "Don't put all your eggs in one basket." Investment advisors also preach the virtue of diversification. But by "diversification" they often mean split your assets between stocks and bonds, and between large cap, mid-cap, and small cap growth and value stocks, with some international equities thrown in. Unfortunately, when the whole stock market swoons, especially when the bond market crashes alongside it, you can find yourself holding only one basket after all. Such scenarios can and do take place in real life, as many of us have discovered from reading about the Japanese stock market, or about recent events in Argentina - or from reading our own portfolio statements.
Gold, however, is a true portfolio diversifier. Its "correlation coefficient" with the price of global stock has ranged within plus or minus 0.4 since 1993, averaging around zero. In plain English, that means that the price of gold does not vary with the stock market, but independently from the stock market. Owning gold really is holding another basket.

Always own gold

Constant demand, constant rarity, universal liquidity, and true diversification. These are among the key reasons a wise investor always owns gold as a portion of his or her portfolio. Although more investment advisors are recommending gold now than during the 1990s, most still ignore gold and favor holding only paper assets. They have no way of profiting from recommending buying physical gold, which may have something to do with their outlook. In our view, such narrow thinking is always wrong. In today's economic and political environment, it is horribly, even tragically, wrong.

Smart investors always diversify. Wise
investors always include gold in their asset mix. Unlike paper investments such
as stocks, bonds, and even dollars, gold is always in demand. When the Internet
bubble burst, a ton of tech stocks fell to pennies, even to zero. Since 1980, an
ounce of gold has never been worth less than $250.

Monday, April 13, 2009

ABPBH 2008 - Nabil Gondol Bintang Paling Popular


Selepas bersengkang mata lepak minum je kat baldi corner (sorry abg Mie..len kali we ols mkn) ngan Muix (paling ensem kat tmpat aku mamat nih!), Apis (2nd ensem), Adam (3rd ensem), Syafiq, Cibo, Dekwan ngan Fuad (leader ensem) untuk memberikan keputusan terkini dan senarai pemenang ABPBH 2008 untuk uols semua. Secara ikhlasnya, majlis anugerah ABPBH 2008 ini sangatlah membosankan.
Click kat sini untuk melihat Senarai Keputusan Pemenang ABPBH 2008

Lawak pengacara majlis terutamanya Adlin memang failed! diterima oleh we ols. Sungguh tak lawak sekali. We ols cuba menggagahkan diri nak gelak tapi tak mampu. Nasib baik ada Abang Jamal yang buat persembahan mantop (kata shamsul ghau-ghau).

Apa pun tahniah kepada Nabil kerana membolot 3 anugerah sekaligus. Tapi yang kami terkejut sangat bila selamba je dia peluk Irma Hasmie. Kamu tue belum kawin dengan dia lagi. Dan takkanlah tak tahu semua kamera tengah fokus kat diri anda.(Lu pikir la sendiri!)Hahahahaha..

Lepas ni aku rasa sure Nabil kena kondem dengan media-media hiburan. Nama pun tengah naik tapi takut sebab aksi peluk Irma Hasmie ini akan menjatuhkan nama Nabil. Apa-apa pun harap lepas ini lebih berhati-hati.



Senarai Keputusan Pemenang ABPBH 2008

Assalamualaikum..
Lama aku tak update blog..rase cam malas pon ada.. Apa pon ni aku ada dapat info skit untuk
uols pasal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 @ ABPBH2008 yang diadakan di Arena Of Star, Genting Kota Keriangan.

Stay Tuneeeedd......


Pengacara TV Lelaki Popular : Aznil Haji Nawawi (Pak Nil)
Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana
(Fafau)
Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail (F.B.I)
Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana
(Fafau lagi)
Artis Nasyid Popular : Rabbani

Artis Komedi Lelaki Popular : Nabil Raja Lawak (Lu pikir la sendiri..Asamekom..)
Artis Komedi Wanita Popular : Noorkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular : Nabil Raja Lawak (Anak kak jah lagi..Hehehe)
Artis Baru Wanita Popular : Stacy (Kenapa bukan Scha?)

Pelakon TV Lelaki Popular : Rosyam Nor (Cute giler Nora Danish)

Pelakon TV Wanita Popular : Dynas

Penyanyi Berkumpulan Duo Popular : Meet Uncle Hussain
(Hari-hari kerja..La..La..Laa...)
Penyanyi Lelaki Popular : Mawi
Penyanyi Wanita Popular : Siti Nurhaliza (Asyik-asyik dia jer)
Pelakon Filem Lelaki Popular : Que Haidar (Rezeki anak².Kui3)
Pelakon Filem Wanita Popular : Maya Karin

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Jamal Abdillah (Memang layak sepenuhnya!)

Anugerah Bintang Paling Popular: Nabil Raja Lawak (Slumber je peluk Irma Hasmie. Jawab la dengan reporter. Ehee..)

Friday, April 10, 2009

Yuna - Dan Sebenarnya (EP)



Yunalis Mat Zara’ai atau Yuna yang popular dengan lagu melayu Dan Sebenarnya telah ditemuramah oleh dj radio Hot fm. Tahniah la aku ucapkan kat minah comel ni - Future lawyer on board dari UiTM Shah Alam. Pandai bermain gitar dan alat music yang lain. Suara pon best (cam vokalis pompuan Gerhana Ska Cinta). Pakai tudung plak. Makin popular la Yuna...


..::Ni time perfomed kat Boulevard Kuching::.

Kalo uols sume nak layan lagu ni aku dah siap kan video clip kat last entry ni (versi tanpa wayar @ konti hotfm beb!). Aku pon tak tau kenapa aku suka dengar lagu ni. Maybe lagu dia ni music dia ada bunyi cam Jason Mraz - I'm Yours ngan Lucky kot. Pastu dia ni cam ala-ala Alicia Keys gitu.Lagu ni jadi top lepas Aisyah@AF7 yang nyanyi. Tup-tup lepas tu lagu ni terus berkumandang kat corong- corong radio swasta.

P.S:- Aku baru je dapat Bluetooth lagu ni kat dalam npon ngan member aku time lepak kat baldi corner malam tadi. Thx Fazlie a.k.a Oldman!! Ehee.. Niway keep it up Yuna! Carta hotfm 30 lagu Yuna - Dan Sebenarnya dok kat 1st place..Mabeless!





..::Yuna - Dan Sebenarnya::..

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku




Tips Berhenti Merokok



1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

P.S:-Katakan

P.S.S:- Aku pon tengah belajar cara nak benti merokok..Hmm...

Thursday, April 9, 2009

Nak Ke Kita Jadi Macam Ni?


Ini bukanlah duit untuk membayar harga makanan termahal di dunia, bukan juga belanja lunch Donald Trump ataupun Bill Gates tapi ini belanja makan yang harus dikeluarkan oleh rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia.



Ya, duit 500 juta dollar Zimbabwe ini hanya bernilai sekitar 2 Dollar Amerika atau hanya cukup untuk sekali makan saja.

Ketika ini keadaan ekonomi dan politik Zimbabwe adalah sangat teruk. Kadar inflasi di Zimbabwe mencecah 5 sextillion peratus (ada 21 biji kosong).

5 ,000,000,000,000,000,000,000% hiper inflasi. Giler kentang!!

Zimbabwe saat ini pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu sebanyak(seperti di atas.penat nak taip 0 tu!), lebih parah lagi harga-harga melambung begitu cepat hanya dalam kiraan minit bahkan detik, tak hairan kalau tokoh-tokoh di Zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga jika terjadi perubahan harga.

Kat sana, emas nie menentukan hidup atau mati. Kalau tak ada emas, so tak boleh beli makanan - anda akan mati kebuluran.

Kita lihat apa yang terjadi tehadap kehidupan masyarakat disana...
Taadaaaaaaaaa..

'Wat suspen je'(bak kate Kak Mah Gali)

beli tomato 2kg lah..2kg baru berapa je..nak masak kari takde tomato tak sedap..

Beli telur plak la.. anak den sorang tu suke makan telur.. 3 bijik baru 100 Billion..


Kebetulan ada sedara datang rumah plak..lagi pon lama tak makan ayam..beli la sekor..dpt sorang sikit jadi la..

Dah la tu kot..bli bnyak2 kang tak abis plak makan..membazir je..lain la kalo duduk Malaysia..tak abis makan leh buang..Ehheee...

Tengah berjalan tenampak lak pakcik ni meniaga sorang2..takde org beli plak tu.. terkeluar plak ayat ni dari mulut aku..

'Pakcik..meniago la kat dopan tu sikit..ni jauh bonar bukak kodai..hujung tanjung bukak eh..mano la org nak boli barang tu..'

Korang tau dia cakap ape?

Dia tak cakap ape2!! Buat dunno je..hati panas kot..tu yang diam je..aku tgok kiri kanan pastu berbisik dalam hati..

'Perghh! Nasib baik xde org nampak..kalo tak mesti dorang ingat aku giler cakap sorang2'

Ni la pakcik yang aku tegur tadi...tengok muka dia.. buat tak reti je..

Aku jalan lagi...
Ternampak plak jiran sebelah rumah makan kat restoran...

Patut la makan kat restoran.. Member dia datang.. kene la belanja makan..bukan selalu..


Air tak cukup plak..'Err..waiter, water please..'

Pastu aku tengok jiran aku ngan memember dia dah abis makan...kenyang giler la tu...mule la nak mencari bantal..

Semua bangun menuju ke kaunter pembayaran...

Ehee..Ni yang tak tahan nih.. tengok harga berapa dia makan dan ape yang dia makan?Rupanya jiran aku tu bayar untuk dia je..member dia yang lain sendiri mau ingat..sendiri makan sendiri bayar..Ni baru sorang makan beb..kalo 1 family??
'Lu Pikir La Sendiri!!' - Kata Ahmad Nabil Bin Ahmad

Aku meneruskan perjalanan.. Sampai kat satu simpang tiga aku ternampak seorang anak jutawan internet..


Eh, ni bukan anak jutawan internet..ni anak jutawan faqir..silap plak..
'Opss.. I'm Sorry' - Kata Amir Raja Lawak

Akhirnya aku sampai jugak kat rumah.. penat giler jalan.. masuk je rumah tgk sedara aku tengah buat currency exchange.. Aku tanya..

'Buat apa tuka duit ni?'

Beliau menjawab 'Penat la bawak duit banyak...'

'Oooo..' aku meloponggg... lantas ke dapur..


Camni la caranya buat tukaran wang asing.. Pakai timbang je..
Duit ni tak laku dah..

Kat dapur aku nampak ade sebungkus roti murah seakan-akan roti Gardenia...


Nak beli roti ni tak? Bayar 0.1 gram emas

P.S:- Apa yang mereka gunakan sebagai duit?Jawapannya. Emas.

P.P.S:- Nampak tak berapa bernilainya emas?

P.P.P.S:- Negara Zimbabwe jadi macam ni sebab pemerintah negara ni sesukahati mencetak duit kertas tanpa ada sandaran emas!U.S bakal ikut jejak langkah Zimbabwe.

P.P.P.P.S:- Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan.

Kita tetap untung.

Dalam situasi yang politik dan ekonomi yang tidak stabil, emas akan menjadi penyelamat nyawa kita dan keluarga kita. Inilah yang akan menjadi wang nanti.


Beberapa Sebab Kenapa Mesti Tukar Duit Kertas Kepada Emas


Sebab - sebabnya adalah.........Jeng...jeng...jenggggggggg...

Jom tengok..

  • Tiada susut nilai dan inflasi. Zaman Nabi S.A.W kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM460 lebih kurang 1 dinar=4.25g
Setiap minit duit dalam wallet susut nilai. Satu ketika dahulu, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100000 rupiah=RM35. Dulu lagi mahal.
  • Bernilai kerana ia ada sejenis logam terpilih.
Mempunyai nilai kerana ianya hanya kertas yang dicop sahaja. Jika anda Bank Negara (ada kuasa) anda pun boleh cop.(buat port cetak duit belakang rumah)

  • Laku satu dunia setiap masa. Orang Kemboja berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan sebab menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.
Laku waktu aman je..contoh depan mata ialah Iraq, selepas kejatuhan Saddam,wang terus tidak bernilai. Sama macam kite bawa wang pergi Eropah. Cuba bawa emas..hehe

  • Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai dan lebih cepat.
Kalau anda menabung bentuk duit,nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang je.

  • Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipu daya wang kertas ini.(Mantan Tun Dr. Mahathir banyak simpan emas. Syhh...jangan bagi tau orang..kita je tau nih..ehee..)
Wang kertas disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit RM100-RM200. Jangan malukan diri anda lagi.
  • Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.(Sebab ni yang suara China tak didengari masa G-20 Summit kat London baru2 ni..Hmm..)
U.S negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu muslihat U.S, cetak duit kertas tanpa emas. Tak lama lagi akan down. (Ibarat bagi kertas A4 je kat Negara2 Arab. Nothing!)
  • Layak kena zakat. Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g bersamaan dengan 1/2 dinar.
Orang-orang yang beriman, tentulah akan membayar zakat emas dan menyebabkan harta itu berkitar semula kepada muslimin dan muslimat. Dengan cara inilah orang-orang yang susah akan mendapat bantuan dan imbuhannya.(Ada yang sayang nak bayar zakat emas tapi takut kena kejar dengan income tax. Jawab la nanti kat sana!)
  • Keunikan dan kelebihan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan.
Diperalatkan oleh orang barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak, senjata,teknologi terkini dan sebagainya.
  • Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga.
Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika RM100 000 anda di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit anda jadi RM100 je..tak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan.(Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai.........)

P.S:- Duit syiling RM1 dah takde sebab xbernilai dahh..
  • Peningkatan purata 20-25% setahun tanpa susut nilai.

Carta kenaikan harga emas dari April 1999 - April 2009




Tuesday, April 7, 2009

Dinar Emas

Largest Gold Nugget from Alaska - 294.10 Troy Ounces
Found near Ruby, Alaska in 1998 by miner Barry Clay
294.10 Oz = 8.32303kg!
Pada 1998, kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan semasa zaman Rasulullah dahulu. Emas dipilih kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga diharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dollar Amerika dan Euro.
Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat (sebagaimana Euro), tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antara negara sahaja. Nilai dinar emas adalah sama dengan nilai piawai emas dalam Perjanjian Bretton Woods.

Sejarah Dinar Emas Di Malaya


..::Dinar Matahari::..

Dinar Matahari atau Sun Coin Kelantan mempunyai sama ada 6 atau 8 bentuk bintang tajam, atau 4 kuntum bunga berkelopak pada bahagian hadapan.




..::Kijang Emas Kelantan::..


Duit syiling ini telah berasal dari India. Ia dikeluarkan pertama kali di Kelantan dan Patani apabila agama dalam negeri-negeri ini beragama Hindu. Motif ini adalah asas bagi lambang Bank Negara.


Dinar emas telah digunakan di Eropah sebelum kewujudan Islam, seterusnya digunakan pada zaman Rasulullah s.a.w dan dimantapkan penggunaannya pada zaman pemerintahan Saidina Umar r.a. Sejak itu, dinar emas dan dirham perak telah menjadi mata wang umat Islam di seluruh dunia.

Penggunaan dinar emas dan dirham perak di gugusan Tanah Melayu termasuklah Kijang Emas, Kupang Kelantan dan Pattani antara abad ke-15 dan 16, Dinar Matahari Kelantan pada abad ke-18 seterusnya Dinar Emas Sultan Abdul Jalil Shah III dan Dinar Emas Kedah pada abad ke-17 dan 18.

Kijang Emas ialah sekeping duit emas daripada Kesultanan Kelantan ketika pemerintahan permaisuri Melayu, Che Siti Wan Kembang. Kepingan sampel dinar emas itu masih tersimpan dalam Muzium di Malaysia sebagai bukti bahawa bumi Malaysia pernah menggunakan dinar emas dan dirham perak.

Gold falls below $870 on possible IMF gold sales, rising dollar

Gold futures fell Monday for a third straight session to below $870 an ounce, wiping out their yearly gains as traders shaved positions on worries that the 403 tons of gold sales by the International Monetary Fund will increase supply and depress gold prices.

"There is still this fear of a lot of selling coming from different central banks and the IMF," said George Gero, a precious metals trader for RBC Capital Markets. "The perception is that 'I am getting out of the way until all the sales are completed and let's see how it's absorbed.'"

Gold for April delivery fell $27.40, or 3.1%, to $868.20 an ounce in North American electronic trading. Gold has lost more than 6% since April 1 and is now down nearly 2% for the year. The more active June contract also fell Monday, down 3.2% at $868.50.

Leaders from the Group of 20 nations said last Thursday they endorse 403 tons of gold sales by the IMF. The proceeds will be used to provide finance for the poorest countries over the next two to three years.

The announcement came one day after the European Central Bank said it had completed the sale of 35.5 tons of gold.

The IMF's plan to sell the gold still needs to be approved by an 85% majority vote from its 185 members. The U.S., which has 17% voting power in the fund, essentially holds veto power. See full story on IMF gold sales.

If the plan is approved, the gold selling will be implemented in coordination with major central banks to minimize the impact on the market, the IMF said.

The possible IMF gold sales helped gold prices move lower in the short turn, said Hussein Allidina, an analyst at Morgan Stanley. But he added he sees "any weakness in price as a buying opportunity as the sale would occur over years and be under the CBGA limit."

The second Central Banks Gold Agreement, or CBGA, caps total gold sales of the signatories at 500 tons a year and expires in September. A third CBGA is expected to be signed before September. See related story about central bank gold selling.

Also helping gold move lower Monday, the U.S. dollar rose against most of its major rivals Monday, with the dollar index up nearly 1% at 84.767. See Currencies.

Sunday, April 5, 2009

Babak 2 Di G20 - USD 1.1 Trilion

1.1 trilion USD dikatakan ada diperuntukkan untuk 'membantu' negara miskin. 'Membantu' apanya kalau ianya dalam bentuk pinjaman. Selepas diperbincangkan dengan 1.1 trilion, dibincangkan pula 400 tan emas milik IMF untuk dijual.

Agak cemas juga, apabila dikatakan 403 tan emas IMF, tentu harga emas akan jatuh akibat daripada lambakan emas di pasaran. Adakah emas akan jatuh terduduk, seperti ditekan teruk ketika 90an?
Namun terdapat artikel di marketwatch.com yang disiarkan di gata.org, bahawa emas itu tidak akan dijual kepada umum.(A reporter actually gets it: IMF gold will never hit market)

Presiden Indonesia, yang di harapkan supaya pro kepada emas, balik awal pula disebabkan Pemilu 09.
Kejayaan Susilo yang terbesar ketika G20 adalah berjaya mengajak Obama ke Indonesia.

Agak hairan juga bagaimana orang Malaysia yang
biasanya ego, sering merendahkan rakyat Indonesia dengan panggilan 'Indon', rupanya Malaysia tidak G20 pun.




Di Sidang G20,
Amerika seperti kembar Britain. Perancis seperti kembar Jerman. China seperti kembar Rusia. Rusia dan China diharapkan supaya lebih garang, menolak USD, namun suara mereka ketinggalan.



Presiden Rusia Dmitry Medvedev, mengotakan janjinya untuk terus
mencadangkan satu matawang global menggantikan USD sambil diikat sedikit kepada emas.

Rusia juga tidak mahu menyumbang ke arah sasaran 1.1 trilion, atas alasan telah menyumbang kepada negara jirannya.

Agak mushkil, IMF mahukan 1.1 trilion daripada negara G20, tetapi dalam bentuk apa?

Agak memelikkan lagi ialah, mereka mengurangkan emas, tetapi mahu meminjamkan kepada negara miskin.
Negara miskin meminjam apa?
Kertas yang disandarkan pada apa?
Pada emas yang berkurangan?


P.S:- Nasib baik takde xtvt baling kasut kulit....... :-p

Babak 1 Di G20 - Islam Sebagai Alternatif


Persidangan negara-negara G20 menimbulkan reaksi banyak pihak. Pelbagai bantahan dan demonstrasi diadakan di negara-negara Eropah termasuk di London sendiri. Ini menunjukkan rakyat di sana mengetahui apa itu G20 dan tujuan persidangan tersebut. Tetapi saya kurang pasti apakah rakyat Malaysia mengetahui apa itu negara G20, matlamat dan kesan persidangan tersebut kepada dunia amnya dan umat Islam khususnya. Saya pasti jika kita memahami situasi yang sebenar nescaya kita akan dapat melihat satu lagi rangka tindakan kapitalis yang sedang bergelut untuk keluar dari krisis ekonomi yang sedang dihadapi.

Pastinya mereka akan mengeluarkan pelbagai resolusi dan pelan untuk memulihkan keadaan ekonomi dunia hari ini yang saya pasti ia akan memberi kesan kepada kita. Dari sisi kapitalisme ia mungkin membawa kesan baik(jika ia berjaya) tetapi yang menjadi mangsanya adalah kita, ummat Islam. Saya katakan sedemikian kerana apabila sistem kufur ini dirasakan boleh membawa kemakmuran maka ramai dari kalangan ummat Islam sendiri tidak dapat melihat kefatalan sistem tersebut dan malah cuba menyesuaikannya dengan Islam.
Undang-undang Kewangan Baru dan USD1.1 trillion telah diluluskan

Chanselor German sebelum persidangan ini telah menyatakan bahawa betapa sistem kewangan dunia perlu dirombak dan melihat kepada sistem kewangan Islam. Itu juga yang dinyatakan oleh ramai pakar ekonomi barat. Mereka telah melihat kezaliman sistem ekonomi sosialisme dan sekarang kerapuhan sistem ekonomi kapitalisme. Mereka dapat melihat sistem ekonomi Islam sebagai suatu alternatif yang lebih stabil dan mampan.


Itu juga yang dinyatakan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir dalam ucapan dalan satu sidang sempena Persidangan G20 semalam. Beliau menyebut bahawa sistem kewangan dan perbankan dunia perlu dirombak. Apabila Dr M menyebut bahawa persetujuan Bretton Woods perlu dikajji semula menunjukkan beliau melihat suatu rombakan besar dalam ekonomi dunia perlu dilakukan. Saya tidak menonton ucapan sehingga tamat, tetapi saya percaya sebagai pemikir Dr M dapat melihat ekonomi Islam sebagai alternatif yang lebih baik.

Politik Ekonomi Islam

Ekonomi adalah suatu urusan yang sangat rumit. Oleh itu, sistem ekonomi Islam hanya boleh dilaksanakan apabila ada entiti politik yang melaksanakannya. Berbeza dengan pemikir barat yang hanya melihat kebaikan sistem ekonomi Islam dari aspek rasional semata, bagi kita yang beraqidah Islam kita meyakini bahawa hukum Islam wajib diterapkan kerana ia adalah perintah Allah swt, bukan untuk mendapat kemanfaatan semata.

Barangsiapa yang memahami asas sistem ekonomi Islam dengan benar, nescaya akan mendapati bahawa satu-satunya entiti politik Islam yang dapat melaksanakan ekonomi Islam adalah Negara Islam, iaitu khilafah. Inilah akar kepada penyelesaian masalah ekonomi ini. Selagi mana khilafah tidak tertegak, maka selagi itulah sistem ekonomi Islam tidak dapat dilaksanakan.SEJUMLAH penunjuk perasaan mengibarkan bendera ketika mereka berhimpun bagi memperingati pemimpin-pemimpin G20 di London.

Wednesday, April 1, 2009

20 Terbunuh Lombong Emas Runtuh

DAR ES SALAAM 31 Mac - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh di Tanzania apabila dinding sebuah lombong emas runtuh, menimbus para pekerja di dalamnya, lapor akhbar tempatan hari ini.

Menurut laporan itu, kejadian tersebut berlaku pada Ahad lalu di Geita dalam wilayah Mwanca, apabila parit sedalam 100 meter tempat mereka bekerja ditenggelami air berikutan hujan lebal.

''Saya tahu tidak ada harapan untuk mencari mangsa yang hidup,'' kata seorang pelombong, Kelega Chacha yang sempat menyelamatkan diri semasa kejadian.

Tanzania merupakan pengeluar emas ketiga terbesar di Afrika, dengan keluaran utamanya datang dari lombong-lombong besar yang dikendalikan oleh firma-firma antarabangsa. - REUTERS

Co-op seeks to declare 200% dividend

GEORGE TOWN: A little-known cooperative in Kelantan has stunned officials of the Cooperative Commission of Malaysia (SKM) by seeking permission to declare a 200% dividend for its members.

SKM executive chairman Datuk Mangsor Saad described the proposal, which he received last month, as “extraordinary.”

»Last month’s proposal is extraordinary« DATUK MANGSOR SAAD

“I only approved the payment of a 100% dividend. I’m now thinking of allowing the proposed remaining 100% dividend to be given to members as bonus shares,” he told newsmen after opening a seminar for cooperatives here yesterday.

He said the cooperative was involved in the Ar-Rahnu or Islamic pawnshop business. “It is enjoying brisk business because many women in Kelantan like to wear gold jewellery,” he said.

Mangsor said the proposed 200% dividend payment was astounding as even public-listed companies were only paying about 5% dividend.

“When I saw their proposal on the dividend, I couldn’t believe my eyes,” he said.

He said the proposed dividend payment was the highest since SKM started operations on Jan 1 this year. It was previously known as the Cooperative Development Department.

He said the Government upgraded the department to a commission to strengthen the cooperative movement and to beef up the cooperatives' financial strength.

There are 5,170 cooperatives in the country with 5.86 million members.

“We plan to increase this number to 10,000 cooperatives by 2013. The target is 1,000 new cooperatives this year,” he said.

“There is no problem in giving approval to 500 cooperatives. But for the rest, we have to push harder,” he added. -The Star

Pelaburan-pelaburan Scam Bagaikan Cendawan Tumbuh Selepas Hujan?

Bila harga petrol naik, maka inflasi akan berlaku. Apabila inflasi berlaku, mereka yang berpendapatan tetap akan terjejas banyak. Apatah lagi ada cerita-cerita yang kadar interest akan dinaikkan. Ditambah pula dengan kenaikan tarif elektrik oleh TNB. Belum campur keadaan politik yang tidak menentu. Senang cerita, ekonomi tidak lagi meriah seperti dulu.

Maka, secara automatik kadar jenayah akan meningkat. Dan tidak lupa juga kebanjiran program-program penipuan (scam) yang membabitkan pelbagai jenis pelaburan dan perniagaan.

"Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan."-Petikan daripada akhbar beberapa bulan yang lalu.

Memang agak sukar untuk bercakap, meyakinkan kepada orang lain, program sebegitu sebegini adalah scam.

Sebabnya mudah …

“Sideq Sigaraga tu dah dapat balik modal dia.”

“Dah 2 bulan Kassim Patalon dapat payment.”

“Takkan la orang Melayu nak pijak orang Melayu.”

“Ini ada agreement.”

“Lawyer kata ok.”

Dan macam-macam.

Beginilah, anda cuba bayangkan seekor musang. Tetapi musang itu memakai baju kot. Baju kot itu dibuat dari bulu ayam. Musang tersebut pula belajar berkokok seperti ayam, mengais tanah mencari cacing, mengurat ayam betina. Sekali imbas memang nampak seperti ayam. Cumanya bila pandang 2 kali, dah boleh tahu sebenarnya itu bukan lah ayam. Tetapi cuma musang yang berbulu ayam.

Musang makan ayam.

Tetapi musang yang bijak dia akan membela ayam dari kecil sehingga ayam tersebut gemuk. Bukan seekor, tapi berpuluh-puluh ekor.


<--ni bukan musang berbulu ayam..ni musang betul..Ouch!!


Ayam-ayam gemuk ini pula sudah dilatih untuk bercakap dengan ayam-ayam lain. Ayam-ayam ini akan bagitahu musang berbulu ayam itu baik. Suka tolong bangsa ayam. Makanan tetiap hari dapat. Musang ini akan berikan latihan yang paling tip top. Best woo… Yelah, kalau ayam kurus nampak ada ayam gemuk, mesti si ayam kurus tu bertanya jugak:

“Kau ni dapat makan sedap kat mana? Aku pun nak jadi gemuk jugak”

Sampai masanya, musang tersebut akan tanggalkan baju kot berbulu ayamnya dan membaham semua ayam yang dibela dari kecil tersebut. Sedap woo… ayam sudah gemuk. Makan time!

Dibuat lah ayam masak kicap. Ayam kari. Ayam panggang. Ayam masak merah. Ayam madu. Ayam goreng kentaki …


"Ana laparla..bolehkah ente bagi ana makanan?". Tanya si musang kepada ayam.

"Errr.........". Tak terjawab si ayam sambil matanya terkebil-kebil.


Iyelah. Dah namanya musang. Sekuat-kuat iman musang pun, nampak ayam akan dibahamnya juga. Lagi-lagi kalau sudah dirancang sebegitu rupa untuk membaham ayam-ayam gemuk yang dipelihara sejak kecil.


Orang yang tahu perbezaan antara musang dan ayam, boleh tahu yang mana satu musang yang berbulu ayam. Itu pun kadang-kadang susah. Tapi bila perhatikan 2,3 kali, dah boleh tahu itu adalah musang.

Masalahnya, tak ramai orang tahu perbezaan antara seekor ayam dan seekor musang. Pelik tapi benar. Mungkin Misteri Nusantara boleh merungkai masalah manusia buta yang tidak tahu membezakan seekor ayam dan seekor musang.

Tuan puan yang membaca blog ini, cepat-cepatlah belajar, binatang yang bernama ayam itu yang mana. Binatang yang bernama musang itu pula yang mana.

Musang-musang sekarang ini bijak. Ada pasang peguam. Ada keluar surat perjanjian.

Tetapi kalau dah namanya musang …

P.S:-Hei manusia! Jangan kau ambil itu harta. Itu harta Ahmad Albab yang punyaaaaaa! (Ahmad Albab) Ehee...