Thursday, January 7, 2010

Program Time Boring... :)

Salam semua,

Dah lama aku tak menulis kat sini. Memandangkan 1st assignment yang harus dijalankan masih lagi dalam keadaan "Standby Mode", jadi ada baiknya aku coretkan sedikit blog nie.

Baru2 nie ada member ajak join satu program klik2 affiliate. Aku sebenarnya tak berapa minat nak buat benda2 macam tu tapi dia kata FOC tak payah bayar satu sen pun. Jadi aku pun cuba je la (nak jaga hati kawan.. hehe..) dan dalam hati pun ada terdetik "apa salahnya aku cuba.. tak rugi apa2 pun..". Yang penting kat sini ialah cuma advertise kan link affiliate aje.

So aku rasa kalau aku share2 juga benda nie rasanya boleh membantu kawan aku tu dan secara tak langsung kalau benda nie btol la menjadi, aku pun dapat gak hasilnya. Hehehe..
So, ini la dia program tu. Sila2 la join ye bro2 sekalian.. tak rugi mencuba.. :)

Korang boleh klik kat link aku kat sini:

Pastu ikut arahan nie (ada intro sikit kat situ..hehe..):


RM3,300 SEBULAN TANPA MODAL !
Sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknya anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini,

... See More
ya...,mudah saja,klik-klik iklan tak sampai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..
Katakan anda menaja 10 orang di level 1,
kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level,
tahu tak ? anda akan perolehi RM11, jika sehari mereka klik untuk 1 iklan,kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh RM11x10=RM110
jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..
banyak tu ..

Anda tak nak ke?Marilah lah sertai saya..benda ni 100% percuma..tak perlu modal
cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda free takkan tak boleh ajak..kawan…untuk maklumat anda,keahlian catcheye telah mencecah lebih dari 38342 orang sekarang..
jangan berlengah lagi..Ini bukan penipuan..

Cara nak register:
1.klik link yg kt bwh skali...
2.klik join catcheye now
3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini

selepas cukup RM50)
4.Isi jawapan: soalan 1 jawapan A (atas sekali), soalan 2 jawapan B (yang tengah), soalan 3 jawapan A (atas sekali). p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)5.klik agree and proceed..Ok siap kemudian apa perlu buat? 1.klik sign in
6.lepas sign in klik reward panel .Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.
7.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.8.postkan risalah saya ni ni buletin myspace & emailkan kepada kawan2.
9.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1. Percayalah! Sebab benda ni 100% percuma
REZEKI TUHAN YANG BAGI..TAPI,KITE KENA USAHA JUGAK KAN?? TUNGGU APE LAGI?? J0MLA J0IN...

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang penulisan saya selama ini.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (QS Al-Baqarah 183)

Sunday, June 14, 2009

Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir Kaedah Metafizik

Ini adalah contoh aku nyer tarikh lahir:

21 Jan 1984

2+1+1+1+9+8+4 = 26

2+6 = 8

(Jadi nombor lahirnya ialah 8 )

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari ialah idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. - Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

- Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon

- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Selamat Mencuba!!

Source : http://id.wikipedia.org/wiki/Pablo_Picasso
http://id.wikipedia.org/wiki/Edgar_Cayce
http://id.wikipedia.org/wiki/Barbra_Streisand
http://id.wikipedia.org/wiki/George_Harrison
http://id.wikipedia.org/wiki/Jane_Fonda

P.S: Info siapa Aretha Franklin dgn Nostrodamus aku tak jumpa.. hehe..