Create your own banner at mybannermaker.com!



Wednesday, April 1, 2009

Pelaburan-pelaburan Scam Bagaikan Cendawan Tumbuh Selepas Hujan?

Bila harga petrol naik, maka inflasi akan berlaku. Apabila inflasi berlaku, mereka yang berpendapatan tetap akan terjejas banyak. Apatah lagi ada cerita-cerita yang kadar interest akan dinaikkan. Ditambah pula dengan kenaikan tarif elektrik oleh TNB. Belum campur keadaan politik yang tidak menentu. Senang cerita, ekonomi tidak lagi meriah seperti dulu.

Maka, secara automatik kadar jenayah akan meningkat. Dan tidak lupa juga kebanjiran program-program penipuan (scam) yang membabitkan pelbagai jenis pelaburan dan perniagaan.

"Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan."-Petikan daripada akhbar beberapa bulan yang lalu.

Memang agak sukar untuk bercakap, meyakinkan kepada orang lain, program sebegitu sebegini adalah scam.

Sebabnya mudah …

“Sideq Sigaraga tu dah dapat balik modal dia.”

“Dah 2 bulan Kassim Patalon dapat payment.”

“Takkan la orang Melayu nak pijak orang Melayu.”

“Ini ada agreement.”

“Lawyer kata ok.”

Dan macam-macam.

Beginilah, anda cuba bayangkan seekor musang. Tetapi musang itu memakai baju kot. Baju kot itu dibuat dari bulu ayam. Musang tersebut pula belajar berkokok seperti ayam, mengais tanah mencari cacing, mengurat ayam betina. Sekali imbas memang nampak seperti ayam. Cumanya bila pandang 2 kali, dah boleh tahu sebenarnya itu bukan lah ayam. Tetapi cuma musang yang berbulu ayam.

Musang makan ayam.

Tetapi musang yang bijak dia akan membela ayam dari kecil sehingga ayam tersebut gemuk. Bukan seekor, tapi berpuluh-puluh ekor.


<--ni bukan musang berbulu ayam..ni musang betul..Ouch!!


Ayam-ayam gemuk ini pula sudah dilatih untuk bercakap dengan ayam-ayam lain. Ayam-ayam ini akan bagitahu musang berbulu ayam itu baik. Suka tolong bangsa ayam. Makanan tetiap hari dapat. Musang ini akan berikan latihan yang paling tip top. Best woo… Yelah, kalau ayam kurus nampak ada ayam gemuk, mesti si ayam kurus tu bertanya jugak:

“Kau ni dapat makan sedap kat mana? Aku pun nak jadi gemuk jugak”

Sampai masanya, musang tersebut akan tanggalkan baju kot berbulu ayamnya dan membaham semua ayam yang dibela dari kecil tersebut. Sedap woo… ayam sudah gemuk. Makan time!

Dibuat lah ayam masak kicap. Ayam kari. Ayam panggang. Ayam masak merah. Ayam madu. Ayam goreng kentaki …


"Ana laparla..bolehkah ente bagi ana makanan?". Tanya si musang kepada ayam.

"Errr.........". Tak terjawab si ayam sambil matanya terkebil-kebil.


Iyelah. Dah namanya musang. Sekuat-kuat iman musang pun, nampak ayam akan dibahamnya juga. Lagi-lagi kalau sudah dirancang sebegitu rupa untuk membaham ayam-ayam gemuk yang dipelihara sejak kecil.


Orang yang tahu perbezaan antara musang dan ayam, boleh tahu yang mana satu musang yang berbulu ayam. Itu pun kadang-kadang susah. Tapi bila perhatikan 2,3 kali, dah boleh tahu itu adalah musang.

Masalahnya, tak ramai orang tahu perbezaan antara seekor ayam dan seekor musang. Pelik tapi benar. Mungkin Misteri Nusantara boleh merungkai masalah manusia buta yang tidak tahu membezakan seekor ayam dan seekor musang.

Tuan puan yang membaca blog ini, cepat-cepatlah belajar, binatang yang bernama ayam itu yang mana. Binatang yang bernama musang itu pula yang mana.

Musang-musang sekarang ini bijak. Ada pasang peguam. Ada keluar surat perjanjian.

Tetapi kalau dah namanya musang …

P.S:-Hei manusia! Jangan kau ambil itu harta. Itu harta Ahmad Albab yang punyaaaaaa! (Ahmad Albab) Ehee...

No comments: