Create your own banner at mybannermaker.com!



Wednesday, April 1, 2009

20 Terbunuh Lombong Emas Runtuh

DAR ES SALAAM 31 Mac - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh di Tanzania apabila dinding sebuah lombong emas runtuh, menimbus para pekerja di dalamnya, lapor akhbar tempatan hari ini.

Menurut laporan itu, kejadian tersebut berlaku pada Ahad lalu di Geita dalam wilayah Mwanca, apabila parit sedalam 100 meter tempat mereka bekerja ditenggelami air berikutan hujan lebal.

''Saya tahu tidak ada harapan untuk mencari mangsa yang hidup,'' kata seorang pelombong, Kelega Chacha yang sempat menyelamatkan diri semasa kejadian.

Tanzania merupakan pengeluar emas ketiga terbesar di Afrika, dengan keluaran utamanya datang dari lombong-lombong besar yang dikendalikan oleh firma-firma antarabangsa. - REUTERS

No comments: