Create your own banner at mybannermaker.com!



Tuesday, March 17, 2009

Perubahan Kecenderungan Ekonomi Dunia


Pada tahun 1999, dalam sebuah pertemuan cabang dalam siri pertemuan tahunan IMF dengan Bank Dunia di Washington, 5 butir kesepakatan kunci telah dicapai. Sebanyak 15 Bank Pusat Eropa menyatakan penerimaan mereka terhadap penggunaan emas. Resolusi yang dibacakan oleh Wim Duisenberg, Presiden Bank Pusat Eropa itu menyebutkan :

1) Emas tetap merupakan unsur penting dalam simpanan kewangan dunia.

2) Institusi-institusi di atas tidak akan menjual emas, kecuali untuk perniagaan yang telah dipersetujui

3) Penjualan emas yang telah dipersetujui akan diatur bahawa penjualan tahunannya tidak melebihi 400 tan sehingga dalam 5 tahun dibatasi berjumlah 2000 tan.

4) Pihak-pihak yang telah menandatangani perjanjian ini tidak akan memperluaskan pemajakan emasnya selama jangka masa perjanjian.

5) Perjanjian ini akan ditinjau ulang setelah 5 tahun.

Walau pun perjanjian ini dibuat oleh negara-negara Eropa, namun prosesnya melibatkan para gabernor Bank-Bank Pusat negara-negara G10 yang mengadakan pertemuan bulanan di Basle, Switzerland. Jepun dan US yang merupakan anggota G10 menyokong perjanjian ini. Pada bulan Mei 1999, US telah mengumumkan bahawa negaranya dan juga IMF tidak akan menjual atau memajakkan emasnya. Pada 27 September 1999 Jepun mengumumkan bahawa negaranya tidak akan menjual ataupun memajakkan emasnya.

Perjanjian ini meliputi hampir 50% simpanan emas dunia yang rasmi, kerana 15 negara yang menandatanganinya mempunyai simpanan emas gabungan sebanyak 16,000 tan, sedangkan rizab emas dunia secara rasmi adalah 33,500 tan. Selain itu dijangkakan pada tahun 2005 UK dan Sweden mempersiapkan diri untuk bergabung bersama Euro, sehingga simpanan emas kedua-dua negara turut dikawal oleh European Central Bank (Kcom Journal 9 Mac 2002).

Dalam pertemuan tahunan Islamic Development Bank (IDB) ke 27 di Burkina Faso pada 22-23 Oktober 2002 Malaysia mengemukakan harapannya agar negara-negara OIC dan rakan perniagaan lainnya menggunakan dinar emas untuk merangsang perekonomian masing-masing. Praktik ini akan melindungi dari ketidakstabilan yang diakibatkan oleh penggunaan dolar Amerika (Bernama 21 Oktober 2002).



Pada hari yang sama di Kuala Lumpur diadakan seminar “Dinar Emas dalam Perniagaan Multilateral”, yang merupakan kelanjutan dari seminar yang diadakan di Malaysia pada bulan Ogos 2002, dengan tema “Sistem Kewangan Dunia yang Stabil dan Adil”. Kedua-dua forum melibatkan negara-negara anggota OIC (Executive Intelligence Review).



Sememangnya terjadi perubahan ketara pada dolar Amerika, nilainya terus susut sejak 2001. Ini menyebabkan ia semakin terdedah kepada jualan, sehingga defisit perdagangan Amerika mencapai USD 1.25 bilion sehari. Ini akan mendorong Federal Reserve untuk mencetak lebih banyak lagi wang yang justeru akan semakin menurunkan nilai dolar. Sehingga 31 Mac 2003, Bank Pusat Asia (yang turut dianggotai oleh Jepun, China, Singapura) memegang bon berharga lebih dari USD 1 trilion. Jika mereka bertindak balas dengan menarik dolar, tentunya nilai dolar akan semakin menurun (BH 18 Julai 2003).



Amerika Syarikat sendiri yang dahulunya merupakan negara pemberi pinjaman, sekarang ini termasuk dalam negara yang berhutang besar, sejajar dengan Argentina dan Venezuela. Laporan terakhir mengatakan bahawa defisit belanjawan Amerika tahun ini adalah USD 455 bn, dan dijangkakan jumlah ini menggelembung menjadi USD 475 bn untuk tahun hadapan (BBC News 15 Julai 2003). Nilai perdagangan dunia saat ini hanyalah USD 4 trilion/tahun, sedangkan jumlah mata wang dolar yang beredar di pasaran adalah USD 80 trilion/tahun.



Ini menunjukkan betapa rendahnya nilai dolar. Dijangkakan ia akan semakin menyusut sehingga akhirnya collapsed dan berlaku keadaan yang lebih teruk daripada krisis Wall Street tahun 1929 (Vadillo,1998). Dengan demikian tidaklah menghairankan apabila para pelabur sekarang mencari instrumen pelaburan yang lebih nyata, iaitu emas. Nilai intrinsik (kuasa beli) yang dimilikinya akan melindungi dari perubahan ekonomi sekitaran, sehingga membebaskan pelabur dari putar belit rejim kewangan. Ini kerana wang fiat hanya mempunyai nilai yang didasarkan pada kepercayaan.

No comments: