Create your own banner at mybannermaker.com!



Sunday, June 14, 2009

Hati-hati Skim Ponzi a.k.a Skim Cepat Kaya

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Ponzi_scheme

"The Ponzi scheme usually offers returns that other investments cannot guarantee in order to entice new investors, in the form of short-term returns that are either abnormally high or unusually consistent. The perpetuation of the returns that a Ponzi scheme advertises and pays requires an ever-increasing flow of money from investors in order to keep the scheme going."

1. Skim Pak Man Telo

Skim ini bermula pada 1972 di Taiping Perak. Kira-kira 50 000 orang telah melabur dalam skim ini. Jumlah pelaburan bernilai RM RM 90.9 juta. Penganjurnya telah didakwa di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan dan dipenjara selama 2 tahun setengah dan dibuang daerah selama 2 tahun setengah.

2. Skim Linggam Telo

Bermula sekitar 1990 di kawasan Lembah Klang. Mensasarkan kaum India sebagai mangsa. Skim ini menjanjikan 100% kepada pelabur dan akhirnya penganjurnya menghilangkan diri.

3. Skim Permata Mahir

Beroperasi di Perak pada tahun 90an. Menawarkan pulangan setinggi 8-10% sebulan terhadap mangsa. Penganjur telah melarikan diri dan dipercayai telah menghilangkan diri dan menjalani pembedahan plastik.

Negara Albania telah hancur akibat rakyatnya terbabit aktif dalam skim cepat kaya piramid ini.

Bank Negara Malaysia telah merekodkan 22 kes pendepositan duit pelaburan tanpa lesen ini dan 8 telah kes telah disabitkan bersalah (1989-2000).

Sepanjang 2000-2002, kira-kira 42 kes telah dilaporkan.

Dengan perkembangan internet, skim cepat kaya ini semakin menular dan ia sangat-sangat memerlukan ilmu pengetahuan yang betul untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa lanun-lanun skim cepat kaya ini.

Berhati-hati. jangan sampai kita menjadi mangsa akibat kejahilan diri kita sendiri.

Rujukan:Dewan Masyarakat, Julai 2002

-MPSB - merchantile sdn bhd, penganjurnya rusdie ganning (org sabah). tawarkan dividen 120% setahun. previously dlm penjara di sg buloh, tapi member2 dia sudah ikat jamin.

-JAI Network, penganjurnya Dr Jai. tawarkan 300% dividen setahun.

-PLATINUM LANE, skim cepat kaya popular di Kulim, yg offer 1 million utk siti menyanyi. they own pasaraya, membership card, rent an office & hire fresh graduates to take care of their office. look real, but it is pyramid.

-BAT aka British American Tobacco, satu kilang OSRAM di penang terlibat. katanya penganjurnya the same person yg tipu 1 juta duit Amy Search.

-STUDIO TRAFFIC, program HYIP internet. tawarkan 360% dividen setahun. offer main klik2 iklan di internet dpt duit ribu2.

-Ebarrel, claim boleh bagi return 100% for 1 day.

-SWISSCASH, claim company kat swiss, tapi penganjur from puchong selangor. dividen unlimited, janji recruit ahli baru seramai mungkin.

-BULUHMAS, pyramid + networking, kutip duit org kemudian utk byr org yg masuk awal. skrg sudah freezed by BNM. and most of the pelabur blame BNM.

-skim cepat kaya Spore, offer dividen 180% setahun + money back guarantee! setakat ni sedang gigih mencari pelabur2 baru di forum2.

-KOPERASI PENIPU GUNA NAMA ISLAM, koperasi terbabit ialah Koperasi Taqwa Malaysia Berhad, Koperasi Usahawan Malaysia Berhad, Koperasi Birr Berhad, Koperasi Nabinco, Koperasi Gagasan Berjaya Enterprise, Koperasi Usahawan Siswazah Gagasan dan Koperasi Siswazah Islam Malaysia. kesemuanya carrying out activities in contravention of the Co-operatives Act sebab tu segala aset kena sita. duit pelabur2 hangus.

P.S: Skim Pyramid = Bercerita tentang kehebatan income semata2...walaupon terdapat produk yang di jual oleh syarikat tersebut, upline tak tekankan pasal produk tetapi pasal m.a.s.y.u.k!
dapat tarik orang masuk lagi masyukkk!(jual orang..huhu..)

P.S.S: Ini hanyalah peringatan untuk rakan2 dan untuk diri saya sendiri..sama2 la kita ingat-ingatkan..

No comments: