Create your own banner at mybannermaker.com!



Showing posts with label Dinar Emas. Show all posts
Showing posts with label Dinar Emas. Show all posts

Tuesday, April 7, 2009

Dinar Emas

Largest Gold Nugget from Alaska - 294.10 Troy Ounces
Found near Ruby, Alaska in 1998 by miner Barry Clay
294.10 Oz = 8.32303kg!
Pada 1998, kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan semasa zaman Rasulullah dahulu. Emas dipilih kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga diharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dollar Amerika dan Euro.
Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat (sebagaimana Euro), tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antara negara sahaja. Nilai dinar emas adalah sama dengan nilai piawai emas dalam Perjanjian Bretton Woods.

Sejarah Dinar Emas Di Malaya


..::Dinar Matahari::..

Dinar Matahari atau Sun Coin Kelantan mempunyai sama ada 6 atau 8 bentuk bintang tajam, atau 4 kuntum bunga berkelopak pada bahagian hadapan.




..::Kijang Emas Kelantan::..


Duit syiling ini telah berasal dari India. Ia dikeluarkan pertama kali di Kelantan dan Patani apabila agama dalam negeri-negeri ini beragama Hindu. Motif ini adalah asas bagi lambang Bank Negara.


Dinar emas telah digunakan di Eropah sebelum kewujudan Islam, seterusnya digunakan pada zaman Rasulullah s.a.w dan dimantapkan penggunaannya pada zaman pemerintahan Saidina Umar r.a. Sejak itu, dinar emas dan dirham perak telah menjadi mata wang umat Islam di seluruh dunia.

Penggunaan dinar emas dan dirham perak di gugusan Tanah Melayu termasuklah Kijang Emas, Kupang Kelantan dan Pattani antara abad ke-15 dan 16, Dinar Matahari Kelantan pada abad ke-18 seterusnya Dinar Emas Sultan Abdul Jalil Shah III dan Dinar Emas Kedah pada abad ke-17 dan 18.

Kijang Emas ialah sekeping duit emas daripada Kesultanan Kelantan ketika pemerintahan permaisuri Melayu, Che Siti Wan Kembang. Kepingan sampel dinar emas itu masih tersimpan dalam Muzium di Malaysia sebagai bukti bahawa bumi Malaysia pernah menggunakan dinar emas dan dirham perak.