Create your own banner at mybannermaker.com!



Sunday, March 29, 2009

Dinar Emas Can Improve Value Of National Reserves

Malaysia has the means to increase the value of national reserves if Bank Negara Malaysia converted its international reserves to the gold dinar instead of foreign currency.

"Malaysia can obtain as much as RM162.6 billion for this year if the reserves were in the form of gold dinars following the rise in the price of gold globally.

"If we follow the current value, one gold dinar is worth RM518 with the lowest value being one Dirham (RM5)," said the Kelantan State Exco, Datuk Husam Musa in tabling a working paper at the Gold Dinar Seminar 2009 at University Malaysia (UM).

"The price of one gold dinar this year increased 11.07 percent to RM512.20 compared to RM461.15 last year," he said.

Husam said the global economy at present was too dependent on the current currency system and reports show Bank Negara's international reserves kept in the form of gold, constituted only 0.4 percent compared to foreign currency in US dollars last year.

"As such, the use of the gold dinar can be an alternative means of settling the economic crisis due to its stable nature, compared to the use of currency in international trade," he said.

Meanwhile, the Vice-Chancellor of UM, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon while officiating the seminar, also said that the use of the gold dinar needs to be exposed at the early stage of university, so that the community will become aware of its alternative to the use of currency in economic activities.

"However, many things need to be done so that the global community understood its use whch can become an alternative means towards restoring economic stability arising from the global economic crisis," he said.

The Kelantan state government had introduced in 2006 the Emas Dinar Kelantan in various denominations. -- BERNAMA

Saturday, March 28, 2009

Kronologi Peristiwa Penting



Masalah Wang Kertas

• Sekiranya wang kertas disirnpan di rumah (di dalam tabung atau di bawah tilam), nilainya akan susut oleh kuasa pasaran lebih-lebih lagi jika disimpan dalam jangkamasa yang lama.

• Sekiranya nilai itu susut, kita terpaksa menyimpan di bank kerana nilainya akan bertambah melalui faedah. Bagaimanapun, faedah itu bukan lah keuntungan tetapi ‘penyelarasan’ untuk susut nilai yang tetap akan berlaku.

• Kemungkinan wang di dalam bank tidak selamat sekiranya berlaku susut nilai yang berlebihan. Malah wang kertas boleh lupus terus sekiranya akaun dibekukan atau bank ditutup.

• Apabila kita meminjam RM1,000 daripada sahabat kita dan kita pulangkan RM1,000 itu selepas 10 tahun sebagai contoh, kita beranggapan tidak ada riba yang terlibat. Bagaimanapun, nilai wang atau kuasa beli dalam tempoh 10 tahun telah berubah. Tanpa riba, wang ini tetap bersifat tidak adil.

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas, orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.

“Apa itu wang kertas?” Wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan oleh empayar Rum di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masihi juga menggunakan wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikutan runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelotan yang dahsyat!


P.S:-“Kekayaan, kebahagian rumah tangga semuanya datang daripada Allah, bukan daripada bapak" (Ahmad Albab) kui..kui..kui...

Thursday, March 26, 2009

KOPERASI USAHAWAN EMAS (M) BERHAD (KUEMB)


Assalamualaikum w.b.t..

Satu berita gembira…hasil usaha dan kesabaran akhirnya pelan penubuhan koperasi mendapat kelulusan…..


Perjumpaan AJK Penaja KOPERASI USAHAWAN EMAS (M) BERHAD (KUEMB)

*
P/S:Untuk mengetahui Konsep,Objektif Dan Tujuan Koperasi ini di tubuhkan sila klik di SINI

Tarikh: 28hb Mac 2009 (Sabtu)
Masa: 11 pagi
Lokasi: Kajang (Stesen Pusat Bas Kajang-ofis AJK)

Sila hubungi saudara Rizzmerr di talian
012-2776294 untuk keterangan lanjut

*Klik pada pelan Untuk Besarkan


No 50, Jalan Perhentian Kajang 2 Off Jalan Reko,
43000 Kajang Selangor.


Kehadiran: Semua AJK Penaja-Kerjasama amat dihargai (Ahli atau bukan ahli yg berminat utk hadir amat di alu-alukan)

P/S: Permohonan Ahli Baru Untuk Menyertai KUEMB Amat Kami Alu-Alukan..Terima Kasih..






Tuesday, March 24, 2009

Koleksi Emas Edisi James Bond! :-D



Monday, March 23, 2009

Sistem Perbankan Sahabat-Sahabat Nabi


ADA banyak persoalan berkenaan asal usul bank daripada perspektif Islam. Ramai ilmuan yang menulis dalam bidang hal berkenaan akan membuat kesimpulan, tidak wujud sistem perbankan pada zaman Nabi Muhammad SAW mahupun sahabat seperti yang wujud pada zaman ini.


Adakah penubuhan bank Islam dewasa ini dianggap meniru pemikiran Barat semata-mata, tidak bersih daripada sudut asalnya serta tidak sesuai dengan sistem konvensional yang wujud?

Sudah diterima di kalangan ulama Islam, ciptaan baru di dalam bidang kewangan dan hal ehwal urusan sesama manusia (iaitu bukan hal ibadat khusus) tidak menjadi masalah dalam Islam selagi boleh diubah suai dan tidak bercanggah dengan kehendak hukum Islam.

Selain itu, mereka yang menyusuri sejarah Islam akan mendapati beberapa asas kepada bank sejak zaman sahabat Nabi SAW lagi dan zaman selepas itu seperti berikut:

1. Khidmat Simpanan (wadi’ah) oleh Az-Zubayr Al-’Awwam

Ibn Sa’ad mencatatkan bahawa ramai mendatangi Zubayr dan meminta wang mereka disimpan sehingga Zubayr menolak kerana berasa terbeban akan hilangnya wang berkenaan, sedangkan beliau langsung tidak boleh menggunakannya.

Justeru, Zubayr meminta penyimpan untuk menyimpan atas dasar pinjaman dan bukan lagi wadi’ah. Sebagaimana katanya yang bermaksud: “Tidak, tapi jadikannya sebagai pinjaman, sesungguhnya aku bimbang ia hilang.”

Hasil tindakan Zubaiyr, semakin ramai datang kepadanya sehingga jumlah dipegangnya mencecah 2,200,000 dirham. Ia jumlah yang sangat besar pada zaman berkenaan sehingga ada penulis menamakannya sebagai Bank Zubayr. Mungkin ia boleh dikira sebagai bank Islam yang pertama.

Melalui tindakan Zubayr, beliau menukar asas konsep wadiah yang hanya menjaga amanah menyimpan tanpa boleh digunakan kepada pinjaman yang membolehkan beliau melaburnya dan pada masa sama menjamin keselamatan wang berkenaan.

Natijah keuntungan yang diperoleh Zubayr banyak digunakan untuk membeli aset. Menurut Az-Zahabi, tatkala Zubayr meninggal dunia akibat dibunuh, beliau tidak meninggalkan satu dinar atau dirham. Yang ditinggalkannya ialah beberapa keping tanah di Ghabat dan sebuah rumah di Madinah, Basrah, Kufah dan Mesir.

Beliau juga meninggalkan hutang yang besar sebanyak 2,200,000 dirham iaitu nilai simpanan orang ramai yang diubah kepada pinjaman.

2. Khidmat Perbankan oleh Ibn Abbas dan Abdullah Ibn Zubayr

Diriwayatkan juga, Ibn Abbas ra mengambil wang perak di Makkah bagi membawanya ke Kufah dan Abdullah Ibn Zubayr pula menulis dan mengambil wang perak dari Kufah untuk dibawa ke Makkah dan seterusnya ke Iraq.

Tindakan mereka itu satu daripada khidmat yang ditawarkan oleh perbankan moden seperti pemindahan kredit. Kesimpulan daripada pendedahan itu, terbukti bahawa khidmat perbankan selagi mana menepati hukum syariah adalah dibenarkan.

Tambahan pula jika kewujudannya boleh memudahkan dan memberi banyak manfaat kepada masyarakat. Antara kemudahan yang dapat dihasilkan melalui khidmat perbankan adalah seperti berikut:

1. Menguruskan keperluan kewangan dua kelompok dalam masyarakat iaitu:

a. Satu kelompok yang mempunyai lebihan wang dan ingin melabur, menyimpan dan mendapat manfaat daripada lebihan wang dimilikinya. Mereka membabitkan semua orang yang mampu membuat simpanan. Mereka digelar ‘surplus unit’.

b. Satu kelompok adalah mereka yang memerlukan tunai dan wang, sama ada untuk keperluan perniagaan atau asasi seperti pembelian kereta dan sebagainya. Mereka digelar ‘deficit unit’.

Hasil kewujudan dua kelompok ini dalam masyarakat, kewujudan bank Islam sebagai orang tengah yang dipercayai (kerana ia sebuah institusi yang dipantau dan diberi lesen oleh bank negara) boleh membantu kedua-dua kelompok berkenaan bertemu dan memanfaatkan antara satu sama lain.

2. Mampu menyediakan penjagaan wang tunai yang lebih selamat berbanding penjagaan oleh individu di rumah masing-masing.

3. Menyediakan khidmat pelaburan. Ini sudah tentu baik kerana tidak semua individu yang berduit mampu mencari dan memutuskan pelaburan apa yang terbaik dan selamat baginya.

Justeru, kewujudan bank yang dipenuhi dengan pekerja profesional yang berpengalaman dalam bidang itu mampu memberi manfaat kepada orang ramai.

Itu semua hanya antara beberapa perkara yang menunjukkan kewujudan bank dalam sistem kewangan Islam adalah diterima selagi mana semua manfaat yang disebutkan di atas dapat dikawal selia dalam lingkungan hukum Islam.

Thursday, March 19, 2009

Kenapa Masih Ramai Masyarakat Kita Masih Menggunakan Sistem Pajak Gadai Konvensional?

SUDAH menjadi lumrah menjelang setiap Aidilfitri, ramai yang berpusu-pusu ke kedai pajak gadai. Mereka menggadaikan gelang emas, cincin, jam, rantai berlian untuk mendapatkan wang tunai buat bekalan hari raya bagi membeli langsir atau perabot baru, bayar muka kereta baru dan kegunaan lain. Orang bergadai bukan sahaja untuk perbelanjaan hari raya dan tidak terhad kepada suri rumah atau ibubapa. Malah ramai juga peniaga kecil, penjaja dan petani yang bergolok bergadai buat modal atau bayar deposit, baiki rumah, langsai hutang, beli buku buku dan uniform sekolah anak serta macam-macam lagi.

Di Malaysia, pajak gadai sudah menjadi satu institusi. Ia adalah satu sistem kredit mikro yang popular di kalangan masyarakat kita. Prof Diraja Ungku Aziz, dalam kajiannya, mendapati kedai-kedai pajak gadai yang telah beroperasi berpuluh-puluh tahun, adalah satu penindasan ke atas peminjam miskin. Kadar faedah yang dikenakan adalah tinggi. Orang Islam juga tahu aktiviti pajak gadai konvensional mengamalkan riba dan haram. Namun, hakikatnya, ia tetap menjadi pilihan utama mereka yang ingin mendapat pinjaman kecil secara cepat.

Kini, terdapat 307 kedai pajak gadai yang berdaftar di seluruh negara. Wujudnya kedai pajak gadai, ceti dan ah long di merata tempat adalah manifestasi peranannya dalam sistem ekonomi kita. Walaupun ada bank dan institusi kewangan lain, bagi mereka yang tidak layak atau tidak memenuhi syarat untuk mendapat kad kredit, pinjaman peribadi atau kemudahan overdraf, mereka lebih senang ke kedai pajak gadai. Sesetengah orang tidak gemar ke bank atau syarikat kredit kerana terlalu banyak borang yang perlu diisi. Untuk dapatkan RM500 atau RM1,000 adalah leceh untuk mengisi banyak borang, beratur panjang atau menyerahkan banyak dokumen peribadi. Di kedai pajak gadai tidak banyak karenah. Hanya perlu letak sekuriti untuk jumlah yang hendak dipinjam.

Namun, ini tidak bermakna semua beres. Menurut Yap Kon Lin, di Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, semua urusan pajak gadai tertakluk kepada Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Berdasarkan pengalaman beliau, terdapat beberapa keadaan yang berat sebelah dan tidak adil kepada peminjam. Antaranya ialah:

* Kadar faedah tinggi iaitu 2% sebulan atau 24% setahun, jauh melebihi kadar pasaran.
* Barang kemas yang digadai, samada cincin, gelang atau rantai, biasanya tidak ditimbang atau diukur. Banyak kes berlaku di mana barang kemas yang digadai itu lebih ringan atau pendek sedikit apabila ditebus. Mungkin peniaga pajak gadai sudah kikis sedikit emas daripada barang itu. Oleh kerana berat dan panjang barang itu tidak dicatat dalam resit, peminjam sukar mempertikai penyelewengan pekedai.
* Andai peminjam gagal menebus dalam tempoh yang ditetapkan, peniaga pajak gadai berhak melelong barang yang digadai sekiranya dinilai kurang RM100. Bagi barang yang dinilai lebih RM100, peniaga pajak gadai tidak boleh melelong sesuka hati malah perlu ikut beberapa peraturan termasuk melantik pelelong berlesen untuk melakukan lelongan. Tapi banyak juga kes peniaga pajak gadai dan pelelong berlesen berpakat di mana peniaga itu dapat membeli semula barang lelongan tersebut pada harga terendah.
* Ramai peniaga pajak gadai tidak memulangkan wang lebihan selepas lelongan dan ditolak jumlah hutang. Ini satu penganiayaan terhadap peminjam.
* Jika berlaku rompakan, kebakaran atau malapetaka ke atas kedai pajak gadai sehingga menyebabkan barang gadaian hilang atau rosak, peniaga pajak gadai hanya perlu membayar jumlah cagaran yang ditambah 25% lagi kepada peminjam sebagai pampasan. Ini tentu tidak memadai dan tidak adil tetapi inilah yang diperuntukkan dalam undang-undang yang sedia ada.

Prof. Dr. Abdullah Hassan, Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, menjelaskan beberapa hal lain yang menindas dan merugikan peminjam. Menurut beliau, peniaga pajak gadai mengenakan bayaran ke atas resit gadaian. Sebenarnya, pemegang gadaian boleh dapat semula resit secara percuma apabila memohon penangguhan. Namun, ada peniaga pajak gadai berani mengambil kesempatan mengenakan bayaran 50 sen untuk setiap salinan resit gadaian yang seterusnya.

Akta tidak mewajibkan pemberian resit bagi barang yang digadai kecuali pemegang yang perlu menyerahkan surat pajak gadai sahaja. Ia juga tidak mewajibkan peniaga menunjukkan kadar faeah yang ditetapkan di tempat terbuka dengan jelas atau menerangkan kepada peminjam yang buta huruf kerana perniagaan pajak gadai tidak dipantau dengan ketat. Akta tidak menetapkan kawalan atau peraturan acara melelong barang gadaian yang tidak ditebus. Malah tidak dinyatakan waktu dan tempat lelongan diadakan. Barang gadaian yang hendak dilelong juga tidak dipamerkan.

Kata Dr. Abdullah lagi, 6 bulan adalah tempoh pajakan yang singkat jika jumlah penjaman yang dibuat adalah besar. Para peminjam terdiri daripada golongan miskin, dan mereka dibebankan dengan kadar faedah yang tinggi. Akta pula mengehadkan peniaga pajak gadai memberi pinjaman sebanyak RM5,000 dan jika lebih ia perlu mendapat lesen peminjam wang.

Jelas beliau, kontrak gadaian tidak berakhir atau terbatal walaupun peminjam meninggal dunia. Waris-waris akan menggantikan tempat mereka. Jika waris kecil atau berada di luar negara, waris boleh menjual harta gadaian dengan persetujuan pemegang gadaian. Ia boleh diguna untuk menjelaskan hutang si-mati.

Selain itu, peminjam juga terdedah kepada risiko lain. Di Klang baru-baru ini, sebuah kedai pajak gadai diserbu dan pelbagai barang kemas bernilai RM50,000 yang dipajak secara haram telah dirampas pihak berkuasa untuk siasatan. Premis itu dipercayai menjalankan pajak gadai tanpa lesen. Sindiket ini dipercayai membeli pada kadar lebih tinggi daripada pasaran tetapi juga mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi yakni 5% bukannya 2%. Peminjam hanya diberikan resit yang tertulis namanya dan tarikh transaksi, tanpa maklumat penting lain seperti nombor kad pengenalan dan nombor telefon. Mereka diberi tempoh 3 bulan untuk menebus. Apabila gagal, barang dilelong tanpa pengetahuan pemilik. Ini salah di bawah undang-undang. Lebih menyulitkan, tiada banyak maklumat mengenai kedai atau pengusaha kedai justeru menyukarkan siasatan terhadap operasi mereka.

Alternatif kepada pajak gadai konvensional bagi masyarakat Malaysia ialah ar-rahn, satu-satunya sistem pajak gadai Islam pertama di dunia dan hanya dilaksanakan di Malaysia.

Pada tahun 1985, Kerajaan telah memulakan pembangunan prasarana pajak gadai Islam. Pada 1990, Allahyarham Tan Sri Jaafar Hussin, bekas Gabenor Bank Negara, mencadang diwujudkan sistem pajak gadai tanpa riba di Malaysia. Pada 1992, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dengan kerjasama Bank Negara telah membentuk satu pelan tindakan pajak gadai Islam. Justeru, Kerajaan Terengganu memperkenalkan Muassasah Gadaian Islam pada tahun 1992 diikuti Permodalan Kelantan Bhd (anak syarikat PKINK) yang membuka kedai ar-rahn pada 1993. Kerajaan Perlis melaksanakan skim ini pada 1997.

Kini, berkhidmatan sama ditawarkan beberapa bank seperti Bank Rakyat, Bank Islam, Agro Bank dan EON Bank yang dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia. Beberapa koperasi juga menawarkan skim ini kepada ahli termasuk Koperasi Pengguna Pahang, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak dan Koperasi Kakitangan Kerajaan dan Badan-Badan Berkanun Terengganu.

Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 148 kaunter pajak gadai Islam beroperasi di negara kita. Majoriti pengguna perkhidmatan ini adalah mereka yang memerlukan modal segera dalam perniagaan runcit dan golongan masyarakat desa yang jarang menggunakan perkhidmatan bank. Di Ar-Rahn Kota Bharu, antara 1992 dan 1996, lebih suku juta orang menjadi pelanggan, yakni purata 52,000 orang setahun.

Sebenarnya, mencagar barangan untuk mendapatkan wang sudah diamalkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. Baginda pernah membeli makanan daripada orang Yahudi dengan menggadaikan baju besinya, menurut satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Menurut Saiful Azhar Rosli dalam buku Critical Issues On Islamic Banking and Financial Market (AuthorHouse, Indiana 2005:132) pajak gadai ar-rahn yang terdapat hari ini adalah berbeza yang diamalkan penganut Islam zaman dahulu. Namun, kebaikan yang jelas ialah sistem yang ada hari ini membolehkan ramai orang mendapat pinjaman kecil dengan cagaran tanpa riba.

Walaupun ramai mengetahui kelebihan pajak gadai Islam yang tidak mengamalkan riba, tiada borang perlu diisi, tiada laporan penilaian harta yang perlu dikemuka, tidak perlu buka akaun terlebih dahulu dan tiada penjamin, kenapa pajak gadai konvensional lebih banyak pelanggan dan mengeluarkan jumlah pinjaman lebih besar? Menurut perangkaan Bank Negara pada 2004, jumlah pinjaman yang dikeluarkan melalui pajak gadai Islam ialah RM275 juta, berbanding RM1.5 bilion oleh pajak gadai konvensional.

Ada beberapa kemungkinan. Birokrasi yang melambatkan proses kelulusan pinjaman mungkin mendorong peminjam ke kedai pajak gadai. Melainkan beberapa bank, kebanyakan bank lain tidak menawarkan an-rahn kerana pulangannya tidak setinggi produk-produk perbankan Islam lain walaupun digesa berbuat demikian oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Cabaran yang perlu diatasi ialah mengubah mindset masyarakat mengenai kelebihan sistem pajak gadai Islam. Fokus dan promosi pemasaran perlu diperluaskan kepada orang bukan Islam, bukan sahaja Islam. Sebagai instrumen kewangan, ar-rahn mempunyai potensi yang cukup besar bukan sahaja di Malaysia, malah di negara membangunkan lain terutama di Asia Tenggara. Kerajaan dan institusi terbabit perlu lebih gigih dalam usaha mengenengahkan skim ini ke semua peringkat. Satu langkah yang pasti dapat mempercepatkan proses ini ialah melalui penggubalan Akta Pajak Gadai Islam yang akan membantu pengurusan, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan industri serta merealisasikan potensinya.

Sidebar:

Di bawah sistem pajak gadai konvensional, bagi barang cagaran bernilai RM2,000 misalnya, pekedai akan pinjamkan RM1,000 dan caj faedah RM2 bagi setiap RM100 yang dipinjamkan (kadar faedah 2% sebulan). Tempoh pembayaran semula biasanya 6 bulan. Untuk menebus, peminjam harus bayar RM1,000 tambah RM120 (RM20 x 6 bulan). Jika gagal menebus, peminjam boleh membuat perjanjian baru dan mohon tempoh 6 bulan lagi pada kadar faedah bulanan yang sama dengan syarat dia bayar dahulu faedah 6 bulan pertama. Maknanya, jika dia ingin bayar dalam tempoh 12 bulan, faedahnya ialah 24% (RM240 x RM1,000 = 24%) setahun.

Kedai pajak gadai tidak terima bayar ansuran. Peminjam mesti bayar jumlah penuh RM1,000 campur faedah dalam tempoh yang ditetapkan. Kegagalan membayar bermakna hilang cagaran. Bagaimanakah cara kedai pajak gadai mendapat keuntungan? Andainya nilai sebenar cagaran ialah RM1,500 tapi dinilaikan RM800, kedai pajak gadai mungkin beri pinjaman RM300 sahaja. Jika peminjam gagal tebus, kerugiannya ialah RM1,500 – RM336 = RM1,164. Kedai pajak gadai mendapat keuntungan daripada kadar faedah tinggi yang dikenakan dan bayaran tambahan daripada transaksi dengan peminjam.

Di bawah sistem Islam, perniagaan pajak gadai Islam (murtahin) tidak mengenakan faedah (riba). Keuntungan yang diperolehi ialah daripada yuran menyimpan aset yang dicagar. Misalnya, jika nilai cagaran ialah RM1,000 atau kurang, yuran simpanan yang dikenakan ialah (RM1,000/100) x 40 sen atau RM4 sebulan. Biasanya, kira-kira separuh daripada nilai cagaran yang diberi kepada peminjam (rahin) sebagai pinjaman tanpa riba. Justeru, pinjaman RM500 yang perlu dibayar dalam tempoh 6 bulan akan dikenakan yuran sebanyak RM4 x 6 = RM24.

Untuk menebus, rahin perlu membayar murtahin RM524. Rahin boleh mohon lanjutan tempoh pembayaran balik tetapi kena bayar tambahan atas yuran simpanan. Jikan rahin masih gagal membayar, murtahin berhak melelong aset yang dicagar. Murtahin akan menuntut apa yang perlu dibayar kepadanya manakala baki diserah kepada rahin. Jika rahin tidak dapat dikesan, baki akan diberi kepada Baitulmal. Rahin boleh menutut haknya daripada Baitulmal pada masa akan datang.

Murtahin tidak boleh menjual aset rahin untuk tujuan pelaburan dan keuntungannya semata-mata. Murtahin boleh mendapat hasil daripada menyimpan aset bukan keuntungan daripada penggunaan aset tersebut. Jika ini berlaku tanpa pengetahuan atau persetujuan rahin dan jika berlaku kerugian, murtahin mesti bertanggungjawab ke atas kerugian tersebut.

Tuesday, March 17, 2009

Gold Coins



Perubahan Kecenderungan Ekonomi Dunia


Pada tahun 1999, dalam sebuah pertemuan cabang dalam siri pertemuan tahunan IMF dengan Bank Dunia di Washington, 5 butir kesepakatan kunci telah dicapai. Sebanyak 15 Bank Pusat Eropa menyatakan penerimaan mereka terhadap penggunaan emas. Resolusi yang dibacakan oleh Wim Duisenberg, Presiden Bank Pusat Eropa itu menyebutkan :

1) Emas tetap merupakan unsur penting dalam simpanan kewangan dunia.

2) Institusi-institusi di atas tidak akan menjual emas, kecuali untuk perniagaan yang telah dipersetujui

3) Penjualan emas yang telah dipersetujui akan diatur bahawa penjualan tahunannya tidak melebihi 400 tan sehingga dalam 5 tahun dibatasi berjumlah 2000 tan.

4) Pihak-pihak yang telah menandatangani perjanjian ini tidak akan memperluaskan pemajakan emasnya selama jangka masa perjanjian.

5) Perjanjian ini akan ditinjau ulang setelah 5 tahun.

Walau pun perjanjian ini dibuat oleh negara-negara Eropa, namun prosesnya melibatkan para gabernor Bank-Bank Pusat negara-negara G10 yang mengadakan pertemuan bulanan di Basle, Switzerland. Jepun dan US yang merupakan anggota G10 menyokong perjanjian ini. Pada bulan Mei 1999, US telah mengumumkan bahawa negaranya dan juga IMF tidak akan menjual atau memajakkan emasnya. Pada 27 September 1999 Jepun mengumumkan bahawa negaranya tidak akan menjual ataupun memajakkan emasnya.

Perjanjian ini meliputi hampir 50% simpanan emas dunia yang rasmi, kerana 15 negara yang menandatanganinya mempunyai simpanan emas gabungan sebanyak 16,000 tan, sedangkan rizab emas dunia secara rasmi adalah 33,500 tan. Selain itu dijangkakan pada tahun 2005 UK dan Sweden mempersiapkan diri untuk bergabung bersama Euro, sehingga simpanan emas kedua-dua negara turut dikawal oleh European Central Bank (Kcom Journal 9 Mac 2002).

Dalam pertemuan tahunan Islamic Development Bank (IDB) ke 27 di Burkina Faso pada 22-23 Oktober 2002 Malaysia mengemukakan harapannya agar negara-negara OIC dan rakan perniagaan lainnya menggunakan dinar emas untuk merangsang perekonomian masing-masing. Praktik ini akan melindungi dari ketidakstabilan yang diakibatkan oleh penggunaan dolar Amerika (Bernama 21 Oktober 2002).



Pada hari yang sama di Kuala Lumpur diadakan seminar “Dinar Emas dalam Perniagaan Multilateral”, yang merupakan kelanjutan dari seminar yang diadakan di Malaysia pada bulan Ogos 2002, dengan tema “Sistem Kewangan Dunia yang Stabil dan Adil”. Kedua-dua forum melibatkan negara-negara anggota OIC (Executive Intelligence Review).



Sememangnya terjadi perubahan ketara pada dolar Amerika, nilainya terus susut sejak 2001. Ini menyebabkan ia semakin terdedah kepada jualan, sehingga defisit perdagangan Amerika mencapai USD 1.25 bilion sehari. Ini akan mendorong Federal Reserve untuk mencetak lebih banyak lagi wang yang justeru akan semakin menurunkan nilai dolar. Sehingga 31 Mac 2003, Bank Pusat Asia (yang turut dianggotai oleh Jepun, China, Singapura) memegang bon berharga lebih dari USD 1 trilion. Jika mereka bertindak balas dengan menarik dolar, tentunya nilai dolar akan semakin menurun (BH 18 Julai 2003).



Amerika Syarikat sendiri yang dahulunya merupakan negara pemberi pinjaman, sekarang ini termasuk dalam negara yang berhutang besar, sejajar dengan Argentina dan Venezuela. Laporan terakhir mengatakan bahawa defisit belanjawan Amerika tahun ini adalah USD 455 bn, dan dijangkakan jumlah ini menggelembung menjadi USD 475 bn untuk tahun hadapan (BBC News 15 Julai 2003). Nilai perdagangan dunia saat ini hanyalah USD 4 trilion/tahun, sedangkan jumlah mata wang dolar yang beredar di pasaran adalah USD 80 trilion/tahun.



Ini menunjukkan betapa rendahnya nilai dolar. Dijangkakan ia akan semakin menyusut sehingga akhirnya collapsed dan berlaku keadaan yang lebih teruk daripada krisis Wall Street tahun 1929 (Vadillo,1998). Dengan demikian tidaklah menghairankan apabila para pelabur sekarang mencari instrumen pelaburan yang lebih nyata, iaitu emas. Nilai intrinsik (kuasa beli) yang dimilikinya akan melindungi dari perubahan ekonomi sekitaran, sehingga membebaskan pelabur dari putar belit rejim kewangan. Ini kerana wang fiat hanya mempunyai nilai yang didasarkan pada kepercayaan.

Sekilas Sejarah Mata Wang Dunia


1879 Sistem kewangan dunia kembali kepada piawaian emas.



1914 penggunaan piawai emas dibatalkan kerana banyak negara yang terlibat dalam Perang Dunia I mencetak mata wang lebih banyak dari simpanan emas yang dimilikinya.


1933 FD Roosevelt dilantik menjadi presiden ketika AS mengalami Great Depression, ia memperkenalkan beberapa langkah reformasi sosial dan ekonomi. Ia membatalkan piawai emas dan mengarahkan untuk mencairkan semula 500,000 keping wang emas bernilai USD 20 setiap satu.


1 Julai 1944 Perjanjian Bretton Woods di AS. Negara-negara sekutu bersepakat untuk menstabilkan semula kadar tukaran setelah Perang Dunia II. Kerajaan Amerika berjanji kepada rakyatnya dan orang luar bahawa Amerika akan menukar wang kertas USD 35 dengan 1 auns emas. Perjanjian ini juga menyepakati bahawa pencetakan mata wang sesebuah negara berdasarkan rizab emas, dan dolar dijadikan sebagai piawai semua mata wang dunia.


15 Ogos 1971 Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya membatalkan perjanjian Bretton Woods dengan mengamalkan mencetak lebih banyak wang bagi membiayai ekonominya. Sistim kewangan dunia diubah, mata wang sesebuah negara ditetapkan sebagai bahagian tertentu dari rizab mata wang asing yang dimilikinya. Dunia mengamalkan fiat money sahaja.


Pemansuhan nilai tara USD kepada emas inilah yang merupakan punca krisis dolar yang meluas. Sejak saat inilah mana-mana negara mesti meminjam dan melangsaikan pinjamannya hanya dalam USD, tentunya dengan kadar bunga tertentu, misalnya IMF menetapkan antara 15-20%. Ini adalah perangkap negara maju sehingga boleh terus mengeksploitasi negara miskin.


Penggunaan wang fiat diperkenalkan oleh negara kolonialis untuk memanipulasi pasaran wang dunia dan menjadi alat penjajahan. Fakta bahawa negara-negara ini masih mempunyai simpanan emas yang banyak tetapi berpakat untuk tidak menjual atau memajakkan emasnya semakin memperkuat persangkaan kita bahawa wang fiat adalah alat penjajahan. Ada maklumat bahawa mulai Jun 2001 Rusia telah mencetak wang emas sebagai legal tender, ia juga telah mula menjual dolar dan menimbun simpanan emasnya.

Sekilas Sejarah Mata Wang Malaysia



1899 Matawang kertas pertama diterbitkan oleh Kerajaan, disandarkan kepada surat jaminan dan logam perak


1906 Kerajaan menyandarkan matawang kepada sterling (aloi mengandungi 92.5% perak). Tiap 1 dolar selat setara dengan 2 sterling dan 4 dime, dan 60 dolar selat setara dengan 7 wang mas bernilai 20 syiling sterling setiap satu. Dengan demikian tiap keping wang mas setara dengan 20 sterling. Pemilik wang kertas boleh menukarkannya kepada Kerajaan dengan logam sebanyak jumlah yang tertulis di muka depannya.

1954 Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaysia dan British Borneo menukar mata wang kertas kepada dolar selat (logam) yang kemudiannya diganti dolar Malaya.

1958 Ordinan Bank Negara Malaysia mengamalkan sandaran minimum 80.59% rizab antarabangsa untuk pencetakan mata wang.

1967 Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang Ringgit Malaysia menggantikan dolar.

1975 Wang RM baru dikuatkuasakan di bawah Akta Mata Wang Malaysia. Penggunaan piawai emas dihapuskan. Nilai mata wang Malaysia ditentukan oleh sekumpulan mata wang negara lain iaitu rakan perdagangan utama.

1998 Nilai mata wang ringgit ditambatkan kepada RM 3.8 untuk setiap 1 USD.

EMAS DAN PERAK


Dinar emas dan dirham perak sudah tidak menjadi satu isu yang asing lagi bagi warga Malaysia. Akhir-akhir ini, isu matawang ini kembali mendapat perhatian apabila Negeri Kelantan di bawah pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah membuat pengumuman untuk melaksanakan penggunaan kedua-dua matawang ini di negeri yang pernah bergelar ‘Serambi Mekah’ itu.

Pada 21 Mei, 2006 yang lalu, media-media massa di negara ini telah melaporkan bahawa Negeri Kelantan akan mula melaksanakan penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam 3 bulan yang akan datang bermula dengan penerimaannya di cawangan kedai pajak gadai ar-Rahnu di seluruh negeri. Datuk Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan berkata bahawa kerajaan Negeri juga bercadang untuk menggunakan dinar dan dirham bagi pembayaran gaji penjawat awam negeri.

Berita ini telah mendapat perhatian kerajaan pusat dan tanpa berlengah, terus ditolak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Kewangan. Perdana Menteri yang pada ketika itu berada di Sharm El-Sheikh bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia berkenaan Asia Barat telah menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak akan membenarkan kerajaan Kelantan mengeluarkan matawang sendiri. Menjawab reaksi Perdana Menteri itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan bahawa kerajaan Negeri akan menghantar Datuk Husam Musa ke Putrajaya bagi menerang dan membincangkan pelan tersebut dengan lebih lanjut agar perlaksanaannya dapat dilangsungkan. Tambahnya lagi, cadangan perlaksanaan dinar dan dirham bukanlah sesuatu yang baru tetapi perkara ini telahpun diketengahkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penggunaan emas dan perak sebagai matawang bukanlah sesuatu yang baru bagi umat Islam, bahkan dunia sekalipun. Emas memang telah lama digunakan sebagai piawai matawang di seluruh dunia sehinggalah pada 15 Ogos 1971 apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Richard Nixon, mengumumkan bahawa AS membatalkan Perjanjian Bretton Woods yang dibuat pada 1 Julai 1944. Sejak dari itu, emas tidak lagi menjadi piawai matawang dunia dan dunia mula mengamalkan wang ‘fiat’.

Dalam kita ghairah ingin melaksanakan sistem matawang berasaskan emas dan perak ini, beberapa persoalan perlu diberi perhatian. Yang pertama dan utama, apakah sebab sebenar kita memilih untuk kembali menjadikan emas sebagai piawai kepada matawang? Adakah kita mahu melaksanakan sistem kewangan emas dan perak ini kerana manfaatnya atau sebab-sebab lain?.

Sekilas Fakta

Sejarah dunia menjadi saksi bahawa sistem emas dan perak telah digunakan sejak sekian lama sehinggalah ia ditinggalkan pada 1914 apabila negara-negara yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama telah sewenang-wenangnya mencetak wang kertas bagi perbelanjaan sewaktu perang. Pada 1933, Amerika Syarikat kerana ‘Great Depression’nya telah membatalkan piawaian emas untuk mengatasi masalah ekonomi ketika itu. Pada Julai 1944, emas kembali diambil menjadi piawai untuk menstabilkan kadar tukaran antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua. Akhir sekali penggunaannya telah dikuburkan pada 1971 dengan pembatalan sistem Bretton Woods.

Jika diteliti, AS memainkan peranan yang paling penting di dalam menghidup dan mematikan sistem emas ini. AS yang telah lahir menjadi gergasi ekonomi dunia setelah Perang Dunia Kedua telah diterima dunia sebagai ‘hakim’ dalam segala hal, termasuk dalam menentukan piawai matawang dunia. ‘Hakim’ ini dengan begitu licik telah berjaya menukar dan menjadikan matawangnya sebagai standard ukuran yang baru. Setelah pertukaran piawai inilah dunia tak habis-habis dilanda krisis matawang. Pemansuhan nilai tara Dolar AS kepada emas dan penggunaan wang ‘fiat’ inilah yang sebenarnya menjadi punca kepada krisis-krisis ekonomi dunia, yang sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan matawang.

Krisis demi krisis yang berlaku ke atas ekonomi dan matawang telah menyebabkan negara-negara di dunia mencari penyelesaian alternatif. Negara-negara Eropah adalah antara yang sudah tidak tahan dengan ‘karenah’ AS. Mereka mula sedar bahawa AS berjaya menguasai perekonomian dunia kerana kekuatan yang dimilikinya. Menyedari punca kekuatan AS tersebut, negara-negara Eropah ini pun telah mengorak langkah yang sama, mencari kekuatan lain. Mereka sedar bahawa jika mereka bertindak sendirian, AS akan dengan mudah ‘membaham’ mereka. Oleh yang demikian, mereka bersepakat untuk bersatu dan mula berunding untuk mengadakan perjanjian kesepakatan. Setelah melalui beberapa proses yang panjang, maka lahirlah Kesatuan Eropah (EU). Semua bangsa telah mengiktiraf bahawa EU merupakan satu kekuatan baru dunia, bukan setakat di bidang ekonomi sebagaimana matlamat asal penubuhannya, malah telah berkembang kepada lain-lain kekuatan. Mahu tidak mahu, AS juga ‘terpaksa akur’ dengan saingan barunya ini. Dengan gabungan baru ini (sekarang 25 buah negara kesatuan), mereka telah berjaya menundukkan kekuatan AS. Ternyata, gabungan negara-negara Eropah yang didirikan atas dasar manfaat bersama ini, telah membuahkan hasil.

Kekuatan hanya dapat diperolehi sekiranya sesuatu itu dijalankan secara bersama. Belajar dan sedar akan kejayaan yang telah dicapai oleh EU, bekas Perdana Menteri pun mencadangkan perkara yang sama dilakukan oleh negara-negara lain yang bernaung di bawah mana-mana kesepakatan antarabangsa, antaranya ASEAN dan OIC. Semasa menutup ‘Seminar Antarabangsa Dinar Emas Dalam Perdagangan Pelbagai Hala’ anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur pada 23/10/2002, beliau menegaskan bahawa ‘penggunaan dinar emas akan membentuk sistem pembayaran dan perdagangan mata wang tersendiri yang melindungi negara Islam daripada rejim kewangan antarabangsa yang hanya memberi faedah kepada negara kaya dan berkuasa.’ [Utusan Malaysia 24/10/2002]. Hari ini kita melihat kerajaan Kelantan mula mengambil pendirian yang lebih kurang sama dengan Dr. Mahathir di dalam hal ini.

Persoalannya – adakah emas dan perak hanya perlu digunakan sebagai alternatif kepada sistem matawang sekarang? Atau ternyata kerana kestabilan nilai yang dimiliki oleh kedua-dua bahan logam tersebut, berbanding Dolar AS? Atau ianya adalah kerana ingin mengelak dari ditindas oleh negara-negara Kapitalis yang zalim? Atau kerana terbukti emas dan perak secara fizikal boleh mendatangkan manfaat bila digunakan berbanding wang kertas?

Seputar Sejarah Dinar Dan Dirham

Menurut Syeikh Abdul Qadim Zallum di dalam kitabnya, Al-Amwal Fi Daulatil Khilafah (1983), dinar dan dirham telah dikenali oleh orang Arab sebelum datangnya Islam, kerana aktiviti perdagangan yang mereka lakukan dengan negara-negara sekitarnya. Ketika pulang dari Syam, mereka membawa dinar emas Romawi (Byzantium) dan dari Iraq mereka membawa dirham perak Parsi (Sassanid). Kadang-kadang mereka membawa pula sedikit dirham Himyar dari Yaman. Jadi saat itu banyak matawang asing masuk ke Hijaz; bagaimanapun yang paling banyak adalah berupa dinar emas Romawi dan dirham perak Parsi.

Namun begitu, orang Arab saat itu tidak menggunakan dinar dan dirham tersebut menurut nilai nominalnya melainkan menurut beratnya. Ini adalah kerana matawang yang ada hanya dianggap sebagai kepingan emas atau perak. Mereka tidak menganggapnya sebagai matawang yang dicetak, mengingat bentuk dan timbangannya yang tidak sama dan kerana kemungkinan terjadinya penyusutan berat akibat peredarannya. Kerana itu, untuk mencegah terjadinya penipuan, mereka lebih suka menggunakan piawaian timbangan khusus yang telah mereka miliki iaitu auqiah, nasy, nuwah, mitsqal, dirham, daniq, qirath dan habbah.

Setelah Islam datang, Rasululllah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengakui (men-taqrir) berbagai muamalat yang menggunakan dinar Romawi dan dirham Parsi. Taqrir (pengakuan) dari Rasulullah inilah yang telah memperjelaskan kepada kita bahawa inilah sistem matawang Islam dan sekaligus menjadi hukum syara’ tentang kewajiban penerapannya. Sehubungan dengan dinar dan dirham ini, Rasulullah juga telah mengakui standard timbangan yang wujud pada waktu itu hendaklah diukur dengan menimbang berat dinar dan dirham. Tentang ini Rasulullah bersabda, “Takaran adalah takaran penduduk Madinah dan timbangan adalah timbangan penduduk Makkah” [HR Abu Daud, an-Nasa’i, al-Baihaqi]

Kaum muslimin terus menggunakan dinar Romawi dan dirham Parsi ini di dalam bentuk, cop dan gambar aslinya sepanjang hidup Rasulullah dan dilanjutkan semasa kekhilafahan Abu Bakar As-Siddiq dan awal kekhilafahan Umar Al-Khattab. Pada tahun ke 20 Hijriyyah (tahun ke 8 pemerintahan Umar), Khalifah Umar telah mencetak wang dirham baru berdasarkan bentuk dirham Parsi. Berat, gambar mahupun tulisan Bahlawinya (huruf Parsi) masih tetap ada, hanya ditambah dengan lafaz yang ditulis dengan huruf Arab gaya Kufi, seperti lafaz ‘Bismillah’ dan ‘Bismillahi Rabbi’ yang terletak pada lingkaran tepi. Hal ini diteruskan oleh kaum muslimin berabad-abad kemudian.

Pada tahun 75 Hijriyyah (695M), Khalifah Abdul Malik Bin Marwan mencetak dirham khusus yang bercorak Islam, dengan lafaz-lafaz Islam yang ditulis dengan huruf Arab gaya Kufi. Bentuk dirham Parsi tidak dipakai lagi. Dua tahun kemudian, Khalifah Abdul Malik mencetak dinar khusus yang bercorak Islam setelah meninggalkan dinar Romawi. Selain itu, beliau mengarahkan pula untuk menghapuskan gambar-gambar manusia dan haiwan pada dinar dan dirham dan diganti dengan lafaz-lafaz Islam. Lafaz-lafaz Islam yan tercetak itu misalnya kalimat ‘Allahu Ahad’ dan ‘Allahu Baqa’’. Ada dinar dan dirham yang ditulis ‘La ilaha illallah’, sedang pada sisi sebaliknya terdapat tarikh cetak serta nama Khalifah atau Wali (Gabenor) yang memerintah pada masa percetakan matawang tersebut. Sejak saat inilah kaum muslimin mempunyai dinar dan dirham yang tersendiri yang digunakan sebagai matawang rasmi negara. Fakta ini terus berlanjutan sepanjang sejarah sehinggalah menjelang Perang Dunia Pertama ketika dunia menghentikan penggunaan emas dan perak sebagai matawang.

Menerapkan Emas Dan Perak Dalam Sistem Kapitalis?


Model perlaksanaan dinar emas yang cuba diketengahkan pada ketika ini masih lagi meletakkan emas dan perak hanya sebagai bentuk fizikal dan bukannya sebagai piawai nilai matawang itu sendiri. Ini bermakna, dinar emas dan dirham perak yang cuba dilaksanakan masih lagi dinilai berdasarkan matawang sedia ada. Sebagai contoh, jika kita ingin membayar gaji RM1,000 kepada seorang pekerja di dalam bentuk emas, maka di dalam mengira gaji ini, jumlah emas akan dikira dan diukur agar bersamaan dengan jumlah RM1,000 tersebut. Setelah itu, wang emas akan dibayar kepada pekerja tadi yang mana nilainya sama dengan RM1,000. Isunya di sini ialah, apakah yang telah dijadikan sebagai sandaran, emas atau RM? Jelas sekali bahawa yang dijadikan sandaran (untuk nilai tukar) di sini ialah Ringgit Malaysia (RM1,000 tadi), bukannya emas. Dengan kata lain, jumlah emas akan ditukar agar berjumlah RM1,000. Walhal, di dalam Islam, yang sepatutnya dijadikan sandaran adalah emas, bukannya Ringgit Malaysia. Inilah yang dimaksudkan dan dikehendaki oleh Islam - menjadikan emas dan perak sebagai sandaran, bukan sebaliknya. Ini hanyalah secebis dari contoh betapa rosaknya perlaksanaan Islam apabila ingin diterapkan di dalam Sistem Kapitalis. ‘Sistem’ Islam akan tetap berada di bawah ketiak Kapitalis. Inilah hakikat yang perlu disedari oleh kaum muslimin.

Jika dulu Dr. Mahathir menyarankan supaya emas diperdagangkan di peringkat antarabangsa sahaja, bukan domestik, kerajaan Kelantan sebaliknya ingin melaksanakan sistem emas dan perak ini di peringkat negeri sahaja. Dari perspektif siyasah ekonomi, perlaksanaan yang bersifat setempat semata-mata akan menyebabkan keterbatasan (jika tidak kemustahilan) untuk kita mengawal nilai emas dan perak di dalam pasaran. Kedua-dua faktor ini akan menyebabkan dinar emas dan dirham perak tetap tidak bebas daripada pengaruh nilai matawang seperti Dolar AS, Ringgit Malaysia mahupun matawang-matawang lainya. Ia tetap akan dapat dimanipulasi dengan begitu mudah oleh Sang Kapitalis. Saudaraku! Sistem yang Allah ciptakan ini adalah untuk diterapkan dibumiNya secara menyeluruh. Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak pernah memerintahkan kita untuk menegakkan DeenNya ditempat-tempat tertentu sahaja. Islam bukan agama yang bersifat ‘local’. Islam adalah Deen yang ‘universal’. Allah tidak memberikan hak ke atas manusia untuk memilih tempat penerapannya sesuka hati manusia. Deen Allah ini wajib diperjuangkan dan ditegakkan di mana sahaja penjuru bumi yang kaki kita berpijak di atasnya. Apabila Islam diterapkan sebagaimana yang Allah perintahkan, maka ia akan membawa rahmat, bukan sahaja ke Kelantan malah ke seluruh alam.

Jika Dr. Mahathir disekat oleh undang-undang dan persetujuan Antarabangsa dari menerapkan dinar emas, maka kerajaan PAS Kelantan, sudah terang lagi bersuluh, akan disekat oleh Perlembagaan dan dasar Kerajaan Pusat dari menerapkan perkara yang sama. Wahai kaum muslimin! Mereka yang tidak menjadikan Islam sebagai asas pemikirannya tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan bermati-matian menyekat dan menghalang Sistem Islam dari dilaksanakan. Inilah hakikatnya. Sangat aneh sekiranya kalian masih merasakan bahawa terdapat peluang untuk menerapkan Islam di dalam Sistem Kapitalisme yang zalim ini. Pertentangan di antara Ideologi Kapitalis dengan Ideologi Islam saat ini begitu jelas dan ketara sekali. Sistem Sekular yang lahir dari Ideologi Kapitalis inilah yang telah menjerut dunia amnya dan umat Islam khasnya. Sekularisme telah mengajar manusia bahawa hak untuk membuat undang-undang adalah di tangan manusia. Inilah sistem yang telah merosakkan umat Islam. Kita wajib berjuang untuk menukar sistem ini dengan Sistem Islam yang menyatakan bahawa hak untuk membuat undang-undang adalah di tangan Allah. Wahai saudaraku! Sistem Islam tidak akan dapat diharmonikan dengan Sistem Kufur. Yang hak tidak akan dapat bersatu dengan yang batil di mana pun dan sampai bila pun. Kebenaran tidak akan bersatu di dalam kebatilan. Apabila telah datang yang hak, maka lenyaplah segala yang batil!

Sistem Islam adalah sebuah sistem yang sempurna dan berdiri sendiri. Ia adalah sistem ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang tidak ada sedikit pun cacat cela atau kekurangan di dalamnya. Ideologi Islam tidak perlu malah tidak boleh (haram) untuk dicampur adukkan bersama dengan Ideologi Kapitalis. Sistem Ekonomi Islam telah terbukti berjaya membawa kesejahteraan kepada seluruh umat manusia dan sebaliknya Sistem Ekonomi Kapitalis telah terbukti ‘berjaya’ menghancur-luluh dan memporak-purandakan umat manusia. Apakah dengan petunjuk yang jelas dari Rabb kita akan kewajipan dan kesempurnaan Sistem Islam masih membuatkan kita memilih untuk bersama bermuafakat dengan Sistem Kapitalis yang kufur di dalam menerapkan Islam?

Dinar Dan Dirham – Manfaat Atau Tuntutan?

Wahai kaum muslimin! Kami ingin memberi peringatan kepada kalian semua bahawa tuntutan agar menjadikan emas dan perak sebagai asas kepada nilai matawang adalah satu tuntutan syara’. Ia tidak boleh sama sekali ditukar ganti dengan sistem yang lain atau diterapkan berdasarkan manfaat atau maslahat yang ada padanya. Kita bukan ingin menerapkannya kerana ia sejajar dengan apa yang telah dipersetujui dan ingin dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri atau lain-lain sebab. Menjadikan emas dan perak sebagai standard matawang adalah perkara yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya. Kewajiban penggunaan sistem matawang dinar dan dirham adalah berdasarkan syariat Islam semata-mata, bukan atas dasar kestabilan nilai, manfaat dan sebagainya. Benar, emas dan perak mempunyai nilai yang stabil dan banyak manfaatnya, tetapi ingatlah wahai kaum muslimin, bahawa sistem ini datangnya dari aqidah yang kita anuti ini. Zat Yang Maha Agung telah memerintahkan kita untuk menerapkannya. Inilah satu-satunya alasan dan sebenar-benar sebab kenapa kita perlu kembali kepada dinar dan dirham.

Di dalam menerapkan sistem matawang dinar dan dirham ini, perlu diperhatikan bahawa Rasulullah tidak mewajibkan emas atau perak sebagai satu-satunya alat tukar dan alat pengukur manfaat di antara manusia. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga membiarkan manusia bebas untuk melakukan tukar-menukar barang (sistem barter). Hanya saja, dalam menukar barang-barang ini kepada satu nilai matawang, Islam menyandarkannya hanya kepada nilai emas dan perak. Peri pentingnya emas dijadikan standard ukuran di dalam Islam dapat diperhatikan berdasarkan ketetapan-ketetapan yang telah digariskan oleh Islam, antara lain adalah seperti berikut:

1. Pada ketika Islam mengharamkan penimbunan harta, Islam secara jelas menetapkan penimbunan tersebut dalam bentuk emas dan perak biarpun secara amnya harta yang boleh dimiliki manusia boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti rumah, kenderaan, makanan, wang dan sebagainya. Walaubagaimanapun, keharaman penimbunan itu hanya terkait dengan penimbunan wang dan bukannya kepada barang atau perkhidmatan. Larangan ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih.”
[TMQ at-Taubah:34]

2. Islam telah mengaitkan emas dan perak kepada hukum-hukum yang lain. Sebagai contoh, diyat telah ditetapkan nilainya di dalam takaran emas. Juga di dalam penentuan had memotong tangan bagi pencuri, Islam telah meletakkan nilai minimum yang dicuri berdasarkan emas. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Tangan dipotong bagi kecurian suku (satu per empat) dinar atau lebih.” [HR Bukhari]

Khatimah

Wahai kaum muslimin! Kita sememangnya merindukan Sistem Islam. Sesungguhnya sistem inilah yang telah menyelamatkan bukan sahaja umat Islam malah umat manusia secara keseluruhannya. Sistem ini jugalah yang telah menghapuskan segala kekejaman dan kezaliman sistem ciptaan manusia. Sistem inilah yang menjadi satu-satunya harapan umat Islam dalam memastikan seluruh kehidupan ini dipenuhi dengan berkah dan rahmah. Sedarlah wahai saudaraku, agenda terpenting umat Islam pada ketika ini bukanlah sekadar untuk mengembalikan sistem dinar dan dirham semata-mata tetapi lebih daripada itu adalah untuk mengembalikan keseluruhan hukum Islam ke dalam kehidupan dan mempersatukan wilayah-wilayah Islam di bawah satu entiti. Jika Eropah telah sedar dan bersatu di bawah EU untuk membentuk kekuatan, kita wahai saudaraku, perlu bangkit dan bersatu di bawah satu Daulah Khilafah, gabungan yang merupakan penyatuan hakiki umat Islam, dengan kekuatan penyatuan yang dijamin oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Wahai kaum muslimin! Kekuatan kita adalah dengan penyatuan kita dan penyatuan kita adalah dengan penyatuan di bawah Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah.

Modal pusingan Ar Rahn kini RM35 juta

Modal pusingan sistem Pajak Islam (Ar Rahn) yang diuruskan Permodalan Kelantan Bhd (PKB) kini meningkat kepada RM35 juta iaitu bertambah 600 peratus berbanding RM5 juta pada 1992.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia, Haji Zulkifli Mamat berkata, jumlah mereka yang bergadai di Ar Rahn sekarang sebanyak 45,000 orang berbanding 27,769 orang sebelumnya.

"Nilai gadaiannya pada 1992 sebanyak RM12.87 juta, pada 2005 (RM70.19 juta) dan sehingga September 2006 sebanyak RM60.8 juta," katanya ketika menjawab soalan Dato' Mustapa Mohamed (BN - Air Lanas) pada persidangan Dun hari ini.

Menjawab soalan tambahan Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS - Pasir Tumbuh) katanya, pajak gadai Islam di bawah PKB dikenali sebagai Ar Rahn dan Ar Rahnu pula diurus Bank Rakyat, Bank Pertanian dan Yapem.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 10 cawangan Ar Rahn di Kelantan dan lesen pajak gadai konvensional dengan sendiri akan berakhir selepas tamat tempoh lesennya.

Ketika menjawab soalan tambahan Adhan Kechik (BN - Bukit Bunga) Zulkifli berkata, Ar Rahn di Pasir Puteh diurus bekas Pengarah Eksekutif PKB, Haji Abdul Aziz Nawi yang diserah secara MBO.

Katanya, langkah itu dibuat adalah antara usaha bagi melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang berjaya dalam bidang profesional yang mereka miliki.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah, Ustaz Hassan Mohamood berkata, kerajaan negeri akan menganjurkan kursus solat membabitkan kakitangan kerajaan pada masa akan datang.

Menjawab soalan tambahan Ustaz Mohamed Daud (PAS - Demit) katanya, kursus kesedaran solat akan diperluaskan lagi memandangkan sambutan dan kesan yang positif diterima.

"Kalau sebelum ini kita hanya babitkan remaja dan belia sahaja dalam kursus bulan sembahyang yang diadakan setiap bulan Rejab, namun pada masa akan datang kita akan libatkan sama kakitangan kerajaan," katanya.

Menjawab soalan Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (PAS - Chetok) katanya tidak ada permohonan untuk keluar agama Islam di Kelantan sehingga sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohd Amar Abdullah pula berkata, program khemah ibadat diadakan di kalangan pelajar-pelajar sekolah agama bagi melahirkan pelajar yang berakhlak mulia.

Ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS - Tanjung Mas) katanya, kursus kepimpinan kepada guru-guru juga diadakan dari semasa ke semasa.

Jatuhnya Sistem Kapitalis (Petikan Dari beliemas.blogspot.com)


Mengenai financial planning , orang kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu-ragu sikit sebab apa yang aku tahu, pakar-pakar ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yang teruk yang boleh menghancurkan ekonomi kapitalis. Mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yang kukuh untuk menyokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yang merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi.


Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dalam bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr Mahathir, beliau berkata perkara ini pasti akan terjadi dalam masa terdekat, 5 tahun, tapi perkara ini tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung Umno. Dia ni Kristian Katolik yang anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan-kenyataan oleh penasihat-penasihat Bush, professor di Havard dan Oxford, orang-orang kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mereka berkata bahawa system ekonomi kapitalis akan runtuh, keadaan dunia akan menjadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia yang berlaku dalam tahun 1930. Beliau masih rapat dengan Tun Dr Mahathir dan beliau juga merupakan pemulis buku bertajuk "FUTURE FASTFOWARD".

Aku juga jumpa Umar Vadillo yang terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji sistem kapitalis. Aku pernah mewawancara beliau di Hotel Prince, KL semasa beliau datang untuk mengadakan perjumpaan dengan Tun Dr Mahathir. Beliau berkata sistem kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi orang sekarang beli duit emas yang dikeluarkan oleh syarikatnya yang beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Beliau juga berkata, orang Malaysia yang paling banyak simpan duit emas dalam akaun syarikatnya ialah Dr Mahathir dan Pak Lah. Maknanya Dr Mahathir dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran sistem kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada menulis buku mengenai masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dalam bank. Duit kertas yang kita simpan dibawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ini tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku membaca penerangannya mengenai "money creation" oleh bank.

Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. Berita Harian, Utusan, The Star, NST. Akhbar kita hanya memetik sebijik-sebijik laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul. Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar-akhbar eksklusif untuk geng-geng Zionis seperti Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, dan sebagainya. Kesemua akhbar ini boleh diaccess melalui internet. Media macam ini dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudiannya membuat research sikit-sikit pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. Tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)

2. Emas dan perak - Mengejutkan, sekarang ini emaslah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dengan duit kertas. Harus diingat geng-geng Zionis itulah juga yang memiliki bank. (Sila rujuk buku-buku atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank.

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yang menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA-RENCANA VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yang bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air 'Sea of Galilee' (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda-tanda akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Timur Tengah dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku menghadiri seminar nuklear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun berkata minyak dalam bumi ini hanya bertahan untuk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri pulak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuklear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yang juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr Mahathir. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dalam bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yang dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran sistem ekonomi kapitalis nanti.

Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dapat tahu apa erti kekayaan yang sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, AS sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar AS dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana-rencana mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

1. MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness
by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.

2. Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one
direction for the dollar to go - lower".

3. Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS
both for the parties that deal in them and the economic system."

4. Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance
of a crisis within 5 years".

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulanglah.

Wallahualam.

P/S:Terima Kasih Kepada Founder beliemas.blogspot.com